Senarai Penuh 142 Buah Sekolah Yang Ditutup Di Zon Merah Seluruh Negara

Sumber: Utusan, Suara Merdeka

Cakna dengan kekhuatiran ibu bapa dan warga sekolah berkenaan dengan peningkatan kes penularan, semua sekolah ditutup di daerah Klang, Selangor dan daerah Sandakan, Papar dan Tuaran, Sabah bermula 8 hingga 23 Oktober 2020.

Ini susulan daripada peningkatan kes COVID-19 di beberapa daerah di seluruh negara, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil keputusan menutup semua sekolah yang telah disahkan sebagai zon merah.

Sekolah Zon Merah
Sumber: Suara Merdeka

Melibatkan 142 buah di daerah Klang dan 242 buah sekolah keseluruhan di tiga daerah Sabah, bilangan ini termasuklah Kolej Vokasional, sekolah rendah dan menengah di bawah KPM serta sekolah berdaftar dengan KPM.

Senarai Penuh 142 Buah Sekolah Yang Ditutup Di Zon Merah Seluruh Negara

Senarai Penuh 142 Buah Sekolah Yang Ditutup Di Zon Merah Seluruh Negara 1

Senarai Penuh 142 Buah Sekolah Yang Ditutup Di Zon Merah Seluruh Negara 2

Sekolah ZOn Merah

Dalam tempoh sekolah ditutup ini, pengetua dan guru besar akan memastikan guru-guru serta pelajar melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah mengikut kesesuaian.

Dalam hal ini, KPM sentiasa memantau situasi di seluruh negara dan sentiasa bekerjasama rapat dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Untuuk sekolah yang sedang melaksanakan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pindaan akan dibuat kepada satu tarikh yang bersesuaian kelak.

BACA: Malaysia Masih Belum Menang, 5 Pusat Beli Belah Terkenal Dikesan Ada Kes COVID-19

Manakala bagi pelajar yang menunggu untuk diambil ibu bapa atau pelajar yang ingin terus kekal berada di asrama dan Kolej Vokasional sepanjang tempoh penutupan sekolah akan berada di bawah penjagaan warden asrama. Keperluan makan dan minum pelajar sepanjang tempoh tersebut akan disediakan oleh pihak sekolah.

Malaysia masih belum menang. Ingat rakyat Malaysia, tetap amalkan penjagaan kebersihan dan kesihat mengikut standard operasi prosedur (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Setakat 7 Oktober, Malaysia sudah mencatatkan 13,993 kes positif dengan 3,351 kes aktif, 141 korban dan 10,501 kes sembuh.