Senarai Pelakon Yang Akan Bintangi ‘Money Heist’ Versi Korea 8

Senarai Pelakon Yang Akan Bintangi ‘Money Heist’ Versi Korea

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Jun tahun lalu, ada ura-ura mengatakan siri paling popular di Netflix, Money Heist akan diadaptasi ke dalam versi Korea Selatan.

Beberapa nama pelakon popular Korea disenaraikan sebagai pelakon yang berpotensi dan sesuai menjayakan watak dalam siri berkenaan.

Hari ini, Netflix secara rasmi mengumumkan senarai pelakon yang akan membintangi siri Money Heist versi Korea:

‘The Gang’ akan membariskan Yoo Ji-tae (Professor), Park Hae-soon (Berlin), Jeon Jong-seo (Tokyo), Lee Won-jong (Moscow), Kim Ji-hun (Denver), Jang Yoon-ju (Nairobi), Park Jung-woo (Rio), Kim Ji-hun (Helsinki) dan Lee Kyu-ho (Oslo).

Senarai Pelakon Yang Akan Bintangi ‘Money Heist’ Versi Korea 1

Senarai Pelakon Yang Akan Bintangi ‘Money Heist’ Versi Korea 2

Manakala untuk tim ‘The Task Force’ akan dibintangi Kim Yunjin (Seon Woojin), Kim Sung-o (Cha Moohyuk) serta Park Myung-hoon (Cho Youngmin) dan Lee Joobeen (Youn Misun) sebagai tim ‘The Hostages’.

Senarai Pelakon Yang Akan Bintangi ‘Money Heist’ Versi Korea 3

Diarah pengarah terkenal, Kim Hong-sun yang pernah mengarahkan filem Metamorphosis (2019) dan The Chase (2017), Alex Pina selaku pencipta menyambut baik permintaan pembuat filem Korea kerana berminat untuk mengadaptasi siri La casa de papel (House of Paper) ini.

Namun untuk versi Korea, masih lagi tiada tarikh rasmi tayangannya.