
Senarai Kadar Zakat Fitrah 2020 Seluruh Negeri Dan Cara Bayar ‘Online’
Kaedah bayaran dalam talian bagi zakat fitrah diperkenalkan untuk memudahkan proses pembayaran dibuat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bertujuan untuk meringankan beban umat Islam dan mengambil kira keadaan semasa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Bagaimanapun, kaedah kutipan zakat fitrah secara tradisional diteruskan menerusi 919 amil dilantik dengan lokasinya tertakluk kepada PKP dan arahan kerajaan.
Seperti Lembaga Zakat Selangor (LZS) melaksanakan pembayaran zakat melalui Penolong Amil Fitrah (PAF) yang dilantik di masjid serta surau, bagi memberi ruang kepada golongan kurang mahir dengan teknologi.
“Untuk memudahkan umat Islam menunaikan zakat pada musim PKP, PAF hanya akan beroperasi di masjid dan surau pada waktu pagi dari jam 9 hingga 11 pagi serta waktu petang pada jam 2 hingga 4 petang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan Mat Yusop.
Berikut merupakan platfom-platfom yang memudahkan umat Islam di seluruh negeri di Malaysia membayar zakat fitrah secara dalam talian (online) serta kadar zakat fitrah mengikut negeri-negeri bagi tahun 2020:
1. Wilayah Persekutuan – RM5, RM7
– Portal Pusat Pungutan Zakat MAIWP
– Laman sesawang ejen-ejen bank (14 buah bank)
– PayHalal
– MyEG
– Pos Online
– SnapNPay
e-Wallet Boost
2. Selangor – RM7, RM14, RM21 (mengikut jenis beras yang dimakan bagi diri sendiri dan tanggungan)
– FPX Zakat Selangor
– Laman sesawang ejen-ejen bank (9 buah bank)
– MyEG
– Pos Online
– GoPayz
e-Wallet Boost
3. Pahang: RM7
– SMS ke Zakat Fitrah Pahang di 15888 untuk MUIP mendahulukan bayaran dengan pembayar membuat bayaran semula selepas tamat tempoh PKP.
– SnapNPay
– PahangGO
– Bayaran atas talian FPX melalui https://ezakat.muip.gov.my/zakatfitrah/
– Pembayaran menerusi 12 perbankan online
– Pos Online
– MyEG
4. Negeri Sembilan – RM7
– Portal https://www.zakatns2u.biz/fitrah/
– MyEG
– SnapNPay
– JomPAY
– Aplikasi ZakatN9
5. Perak – RM7, RM14, RM21
Info lanjut boleh layari di MAIAMP.
6. Terengganu -RM7
– Melalui FPX di portal MAIDAM
– Aplikasi SnapNPay
Info lanjut boleh diperoleh di MAIDAM
7. Kedah – RM5, RM7, RM14, RM21
– Laman sesawang Jom Zakat Kedah
– Laman sesawang Asnaf Care
– Aplikasi Zakat On Touch (ZOT)
8. Kelantan – RM7, RM14, RM21
– Laman sesawang ejen-ejen bank (16 bank)
– FPX melalui portal e-maik
– SnapNPay
MAIK juga memperluaskan operasi pungutan zakat di seluruh jajahan Kelantan menerusi pembukaan Kaunter Baitulmal di masjid bandar di jajahan serta masjid mukim yang beroperasi mulai jam 9.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari sepanjang Ramadan.
9. Perlis – RM7
– SnapNPay
– Pindahan wang ke akaun MAIPs iaitu, bayaran zakat (akaun Bank Islam 09010010055290), bayaran wakaf tunai (akaun Bank Islam- 09010010063983), bayaran fidyah (akaun Bank Islam- 0901001002947)
Info lanjut boleh ke pautan MAIPS
10. Pulau Pinang – RM7 dan RM16
– Melalui perbankan internet 6 buah bank
– SnapNPay
– JomPAY
– FPX di portal ZakatPenang
11. Melaka – RM7, RM14
– senangPAY oleh izakat.com
– QRPay Bank Muamalat
12. Johor – RM7, RM10
– Zakat Johor online payment
– Johor online payment
– Aplikasi SnapNPay
– FAST PAY
13. Sabah – RM7.50, RM6
– Perbankan internet Maybank, Bank Islam, Agro Bank
– Aplikasi SnapNPay
– MyEG
14. Sarawak – RM7
– SnapNPay
– MyEG
– Portal pelanggan TBS (Baitulmal Kamek)
– Maybank2U
Boleh mengemukakan pertanyaan menerusi email ke [email protected] atau FB Tabung Baitulmal Sarawak.
Orang ramai boleh terus sahaja hubungi pihak Majlis Agama Islam dan pusat-pusat Zakat di negeri masing-masing bagi mendapatkan info lanjut dan bantuan tentang cara pembayaran zakat fitrah secara atas talian.