Senarai Berita Palsu Koronavirus Di Malaysia

Senarai Berita Palsu Mengenai Koronavirus Di Malaysia Setakat Ini

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sejak Malaysia turut tersenarai antara negara yang terkena wabak koronavirus dari China, pelbagai berita yang telah disebarkan di semua laman sosial untuk meningkatkan kesedaran kepada semua warga.

Bagaimanapun, penularan berita yang berkatian wabak ini semakin parah apabila dicampuradukkan dengan berita yang tidak benar, membuatkan semua orang panik kerana terpengaruh sehingga menyalahkan pihak tertentu kerana tidak mengambil berat tentang wabak ini.

Senarai Berita Palsu Koronavirus Di Malaysia

Ini antara berita palsu yang tular di media sosial:

1. Kes jangkitan koronavirus di Hospital Seberang Jaya

2. Kes jangkitan koronavirus di Melaka

3. Seorang individu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Nur Zahirah


4. Kes pesakit koronavirus di KPJ Seremban

5. Kes koronavirus direkodkan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban

6. Ratusan warga China di Langkawi kerana lari daripada wabak koronavirus

7. Jangkitan virus di penjara dan KLIA2

https://twitter.com/bumilangit/status/1221371074668982272

8. Berita mengenai hanya Malaysia sahaja tidak menghalang kemasukan warga China

Ia hanyalah dari sebuah aplikasi yang boleh mengedit gambar dan isi berita.

Sementara itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa memantau dan menggerakkan jentera agensi itu di semua pintu masuk ke negara. Setakat ini, PDRM dan SKMM sudah mengenal pasti empat individu yang menyebarkan berita palsu berkaitan dengan virus yang tersebar dari China itu.

Justeru, semak dahulu sebelum sebarkan berita sebelum membawa padah.

Sumber: Awani, Iloveborneo