
Senaman Mudah Ini Boleh Bantu Kurangkan Masalah Kuat Berdengkur
Senaman Mudah Ini Boleh Bantu Kurangkan Masalah Kuat Berdengkur
Berdengkur ketika tidur biasanya menandakan seseorang itu terlalu letih menjalani aktiviti seharian.
BACA: Wangi Dan Berkesan Tapi Ubat Nyamuk ‘Viral’ Ini Beri Impak Bahaya Kepada Kesihatan
Namun ia juga merupakan tanda kepada tahap kesihatan yang berkait dengan sistem pernafasan yang tersumbat.
Biasanya tidak membahayakan, bunyi dengkuran dikeluarkan apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar antara satu sama lain dan bertambah kerap mengikut umur.
Walaupun biasanya tidak membahayakan, berdengkur boleh mendatangkan masalah tidur yang dipanggil sleep apnea yang membahayakan diri di mana keadaan seseorang itu berhenti bernafas lebih dari 10 saat buat sementara waktu.
Selain daripada rawatan di hospital, ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan dengkuran.
- Kurangkan berat badan jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan.
- Kurangkan pengambilan arak/ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur.
- Cegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur.
- Elak pengambilan arak sekurang-kurangnya 4 jam dan mengambil makanan berat atau ringan dalam tempoh 3 jam, sebelum berehat.
- Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari
Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang. - Tinggikan kepala katil anda lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang.
Atau anda boleh melakukan senaman mudah kurangkan berdengkur seperti:
Tahukah anda, adarancangan TV di United Kingdom kini mencari peserta ‘Britain’s biggest and loudest snorers’?
Wakil daripada Firecracker Film memberitahu perkara ini bahawa mereka sedang mencari peserta yang berdengkur paling kuat dan besar untuk menyertai rancangan TV baharu mereka.
Jika anda (atau rakan anda) yang mereka cari, bolehlah isi borang penyertaan DI SINI. Syaratnya mestilah berumur 18 tahun ke atas.
Sumber: