Premis Wajib MySejahtera

Semua Peniaga Di Seluruh Negara Wajib Ada Aplikasi MySejahtera

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Semua Peniaga Di Seluruh Negara Wajib Ada Aplikasi MySejahtera

Baru-baru ini terdapat kes penularan COVID-19 yang mana sebuah Restoran Nasi Kandar di Pekan Napoh, Jitra didapati tidak merekodkan kehadiran serta suhu pelanggan yang datang.

BACA: Kedai Nasi Kandar Kluster Sivagangga Tak Rekod Maklumat Pelanggan

Susulan itu, kerajaan akan mewartakan kewajipan pengunaan aplikasi MySejahtera di setiap premis seluruh negara melalui Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berdepan masalah untuk mengesan kontak rapat kes jangkitan COVID-19 berikutan ada premis yang tidak menggunakan aplikasi MySejahtera atau aplikasi lain untuk tujuan pengesanan.

Beliau berkata, ada juga premis perniagaan yang tidak mengambil rekod pelanggan yang memasuki premis masing-masing termasuk nombor telefon mereka.

Ketiadaan rekod telah menyebabkan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) di kawasan yang terlibat dam mengambil tindakan kesihatan awam dalam pencegahan dan pengawalan penyakit itu.

Contoh tindakan yang telah dilaksanakan ialah di kawasan Kluster PUI Sivagangga.

“Kita akan wajibkan premis atau pemilik kedai untuk menggunakan aplikasi MySejahtera dan ini akan kita masukkan dalam peraturan Akta 342,” katanya.

Menerusi kenyataan Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, aplikasi MySejahtera diwajibkan untuk semua perniagaan di seluruh Malaysia namun aplikasi lain (contohnya, Qmunity dan COVIDTrace) masih boleh diguna.

Premis Wajib MySejahtera

Perkara ini dikecualikan untuk perniagaan di pekan kecil dan kawasan pedalaman yang tidak mempunyai capaian internet yang bagus. Bagi golongan ini, kemasukan secara manual masih diterima.

Jika tidak pasti bagaimana untuk membuat kod QR check in untuk MySejahtera, buat sahaja carian di Google atau Youtube.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham berkata, ibu bapa dinasihatkan untuk tidak membawa kanak-kanak bawah usia dua tahun ke tempat awam atau yang boleh mendedahkan mereka kepada jangkitan wabak COVID-19.

Sumber: BH