
‘Semua Orang Enjoy Buat Video Masak Sampailah…’ – Khairul Aming Kecewa Sikap Batu Api Netizen
Dapat dilihat Ramadan kali ini beberapa content creator mengambil peluang untuk berkongsi video masakan tidak kiralah yang baru sahaja naik mahupun yang sudah dikenali seperti Khairul Aming.
Walau bagaimanapun, timbul cerita tidak enak didengar di bulan mulia ini apabila terdapat pihak cuba mengecam dan menuduh mereka yang cuba membuat video masakan dikatakan meniru ‘content’ Khairul Aming.
Terdahulu, seorang content creator yang dikenali sebagai Bangman atau Aiman Salim dituduh netizen Twitter meniru gaya atau kandungan media sosial Khairul Aming.
Dia yang kecewa dengan tuduhan itu mempertahankan diri dan menjelaskan bahawa bukan mudah untuk membina nama sebagai seorang content creator kalau tidak dihadirkan sekali dengan usaha yang bersungguh-sungguh.
Terbaharu, content creator cilik, Danish Harraz turut menerima nasib sama yang tidak semena-mena dituduh netizen apabila berkongsi video masakan di laman terbabit.
Hal ini mendapat perhatian Khairul Aming yang terus membuat teguran mengatakan kecewa dengan sikap ‘batu api’ segelintir netizen ini.
“Mulut macam inilah yang merosakkan habis vibe puasa tahun ni. Sebelum ini, enjoy buat video puasa. Tahun ni habis jadi toxic kat Twitter.”
“Semua orang enjoy je buat video masak, sampai la mulut batu api macam ni muncul. Pastu habis jadi gaduh semua orang. Please la stop.
“Aku sampai jadi bersalah sebab orang datang serang aku sekali. Padahal aku tak pernah claim, tak pernah mention sesiapa pun. Selama ni kitorang yang memasak sama-sama, support each other. Sampai la muncul benda toxic batu api macam ni kat Twitter. Facebook pun tak batu api macam ni.
“Tolong la stop. Annoying sangat dah benda ni. Semua orang jadi serabut. Yang geng masak ni buat content ikhlas untuk tolong orang bulan puasa. Tak ada pun cari gaduh dengan orang. Kenapa nak pecah belahkan komuniti yang tak kacau orang ni? Serious aku tak faham level toxic tahun ni,” katanya.
Sepatutnya, kita perlu meraikan dan perbanyakkan pembuat kandungan kerana mempunyai potensi yang sangat luas untuk menjana pendapatan masa kini dan isu ‘siapa tiru siapa’ tidak perlu timbul.
mulut macam ni la yang rosakkan habis vibe puasa tahun ni. sebelum ni enjoy buat video puasa, tahun ni habis jadi toxic kat twitter. semua org enjoy je buat video masak, sampai la mulut batu api mcm ni muncul. pastu habis jadi gaduh semua orang. pls la stop https://t.co/PFsFhuDXo9
— Khairulaming (@khairulaming) April 13, 2022