
Semua Ahli Terjejas Kini Boleh Keluarkan Wang Akaun 1 Sehingga RM10,000 Dengan i-Sinar
Siapa yang boleh keluarkan wang dari Akaun 1 menerusi i-Sinar?
Jika sebelum ini kerajaan menetapkan hanya pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang hilang pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan dibenarkan untuk mengeluarkan wang daripada Akaun 1 mereka sehingga RM60,000 di bawah program i-Sinar.
BACA: Syarat Dan Cara Permohonan Pengeluaran i-Sinar Daripada Akaun 1 Sehingga RM60,000
Dalam perkembangan terbaharu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memaklumkan program ini telah diperluaskan kepada semua ahli yang terjejas dengan lapan juta pencarum bakal mendapat manfaat daripadanya.
Malah had pengeluaran i-Sinar juga dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM10,000 membabitkan peruntukan RM70 bilion berbandung sebelum ini cuba memberikan manfaat kepada dua juta ahli dengan jumlah sekitar RM14 bilion kepada yang layak.
"Program i-Sinar dibuka dan diperluaskan kepada semua ahli yang terjejas pendapatan mereka.
"Boleh keluar dari akaun 1 sehingga RM10k, dan perlu buat permohonan di @KWSPMalaysia " – @tzafrul#Belanjawan2021 #HapusCOVID19 #MalaysiaBangkit pic.twitter.com/slri1mIJNn
— 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 (@501Awani) November 26, 2020
SEBELUM INI MENGENAI i-SINAR
Sebelum ini, kerajaan menjelaskan, kemudahan menerusi program i-Sinar ini membolehkan ahli yang layak mengakses atau keluarkan 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100.
Sebagai contoh, jika anda mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah dalam Akaun 1, maka akses amaun anda yang boleh dikeluarkan ialah sehingga RM9,000.
BACA: Kenapa Bukan Semua Ahli Layak Untuk i-Sinar? Ini Jawapannya
Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkaa sehingga enam bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000. Pengkreditan pertama akan dibuat bermula Januari 2021.
Cara permohonan:
Permohonan boleh dibuat menerusi i-Akaun KWSP, Jadi pastikan anda sudah memiliki i-Akaun KWSP.
- Daftar masuk menggunakan ID Pengguna dan kata laluan yang didaftarkan.
- Klik pada ikon PENGELUARAN di bahagian atas laman web untuk masuk ke bahagian e-Pengeluaran.
- Klik PERMOHONAN BARU dan pilih jenis pengeluaran i-SINAR.
- Isi maklumat berkaitan dan hantar.
Tarikh permohonan:
Permohonan boleh dibuat mulai Disember 2020 dan amaun akan dikreditkan dalam akaun bank pencarum di hujung bulan.
Sebelum ini kerajaan memberitahu tidak semua ahli layak untuk mengeluarkan wang daripada Akaun 1 untuk i-Sinar kerana tujuan i-Sinar adalah membantu ahli terkesan menampung keperluan mereka dalam jangka masa pendek, antaranya yang hilang pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan..