
Sempena Rai Ulang Tahun Ke-70, Lori Milo Jelajah Seluruh Malaysia Untuk Beri Minuman Percuma
Antara yang menjadi kenangan ketika zaman sekolah ialah bersemangat beratur panjang semata-mata untuk merasai air Milo percuma dari lori Milo.
Penggemar Milo tentunya sedia maklum air Milo dari lori atau van hijau mempunyai rasa yang sedikit berbeza dan lebih sedap daripada Milo biasa.
Jadi, sempena meraikan ulang tahun ke-70 Milo di Malaysia, lori Milo akan menjelajah seluruh negara untuk memberi minuman percuma!
Jelajah ini dikenali sebagai Kovoi Kebaikan Milo, sudah pun bermula pada 22 Ogos, lori Milo akan berada di Dataran Merdeka pada 16 September sempena sambutan Hari Malaysia.
Menariknya, anda bukan sahaja bakal mengimbau kenangan dengan kenikmatan air Milo, malah dapat melihat sendiri reka bentuk lori-lori Milo dari tahun 50-an hingga kini.
Buat masa ini, untuk melihat lori Milo bermula dari tahun 1950, anda boleh berkunjung di Pekan Milo yang berlokasi di Sunway Pyramid. Lori Milo dengan reka bentuk lama akan berada di Sunway Pyramid hingga 6 September sebelum bergerak ke destinasi seterusnya.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang keberadaan lori Milo, boleh layari di pautan ini www.milo.com.my/konvoi-kebaikan-milo
FAKTA MENARIK: Tahukah anda, rakyat negara ini dianggarkan minum 9 juta cawan Milo setiap hari!