
‘Semoga Pengorbanan Aku Diterima Allah’ – 3 Tahun Isteri Tak Boleh Kencing, Suami Derma Buah Pinggang
3 Tahun Isteri Tak Boleh Kencing, Suami Derma Buah Pinggang.
Pengorbanan tak ternilai.
Demi kasih sayang dan tanggungjawab sebagai seorang suami, lelaki ini sanggup mendermakan sebelah buah pinggang kepada isterinya yang menghidap penyakit kegagalan buah pinggang.
Kisahnya itu dikongsi di laman sosial Facebook yang menceritakan proses sebelum menjalani pembedahan di sebuah hospital perubatan pada 28 Julai lalu.
Menurut Mohd Hilmi, dia diuji dengan perkara tersebut ketika dua tahun perkahwinan dimana jalan terbaik untuk isterinya menjalani kehidupan normal tanpa melakukan rawatan dialisis adalah dengan membuat pemindahan buah pinggang.
“Aku serahkan seluruh jiwa dalaman aku untuk isteri, moga selepas selesai operation ini kita dapat menjalani hidup secara normal. Nurse kata, isteri beri buah pinggang untuk suami biasa jer dema dengar.
“Tapi suami beri sebelah buah pinggang untuk isteri jarang2 dengar.. Ada tapi jaranglah dengar. Aku beri kerana tanggungjawab aku sebagai suami yang mahu melihat isteri aku kembali hidup normal,” katanya.
https://www.facebook.com/mohdhilmi.damakkacak/posts/669124387149806
Kejayaan paling gembira
Sehari selepas pembedahan, dia meluahkan rasa syukur apabila proses tersebut berjaya dilakukan malah gembira kerana hasratnya mahu melihat isteri kembali sihat telah tertunai.
Hilmi turut memuat naik perkembangan mengenai pembedahan yang dilaluinya di Facebook. Ujarnya, pembedahan buah pinggang tersebut mengambil masa lebih kurang tujuh jam.
Dia turut meluahkan perasaan gembira apabila isterinya dapat membuang air kecil semula. Sementara itu, pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan sebanyak tiga kali seminggu.

“Alhamdulillah isteri aku dah dapat kencing semula setelah tiga tahun tidak boleh kencing. Itulah kejayaan yang paling gembira.. Harap aku dan isteri cepat sembuh,” luahnya.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=677356979659880&set=a.170660296996220&type=3&theater
Dalam pada itu, Helmi turut menasihatkan agar sentiasa amalkan gaya hidup sihat. Elakkkan pengambilan minuman campuran seperti 3 dalam 1 dan jangan sesekali mengambil ubat-ubatan yang tidak ada kelulusan Kementerian Kesihatan.
BACA: Pelarian Syria Nekad Jual Buah Pinggang Demi Beli Khemah Teduhan Lapan Anak
Trending now



