PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD)

Seluruh Semenanjung Malaysia Dikenakan PKPB Selama Sebulan Kecuali 3 Negeri Ini

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

PKPB akan dikenakan di seluruh Semenanjung Malaysia?

Malaysia masih lagi belum menang dalam melawan wabak pandemik COVID-19. Angka kes baharu di Malaysia yang dicatatkan semalam merupakan jumlah tertinggi setakat ini iaitu 1,755 kes.

Bagi mengawal penularannya di Malaysia, Menteri Keselamatan, Dato’ Sri Ismail Sabri dalam sidang media sebentar tadi mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Semenanjung Malaysia kecuali di tiga buah negeri iaitu Perlis, Pahang dan Kelantan.

Kelantan Kes Baharu Rentas Sempadan

Dengan pelaksanaan ini, maka semua kawasan yang dikenakan PKPB seperti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Sabah dan Selangor secara automatik akan bersambung selama sebulan; bermula 9 November hingga 6 Disember hadapan.

BACA: PKPB Perlu Atau Tidak Untuk Dilanjutkan? Ini Pandangan Pakar

Setakat semalam, di Kelantan hanya dua daerah berada dalam zon kuning iaitu Jeli dan Machang dan Pahang pula daerah yang berada dalam zon kuning ialah Kuantan dan Maran. Manakala daerah lain dalam dua negeri ini kekal hijau.

PKPB Seluruh Semenanjung Malaysia

Sebelum ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Senior Asisten Komisioner Sapii Ahmad melaporkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat dilaksanakan bermula Mac lalu, seramai 2,148 individu telah ditahan kerana didapati melanggar perintah tersebut.

Kesemua individu yang ditahan berusia antara 16 tahun hingga 60 tahun. Antara alasan yang popular diberikan adalah bosan, rindu kekasih, mahu tangkap ikan, main gitar dan berjumpa dengan rakan.

Malah ada juga yang ditahan ketika bersukan, bermain bola keranjang, futsal, zumba dan snooker meskipun kesemua aktiviti berkenaan tidak dibenarkan sepanjang PKP dan PKPB.

Sapii bagaimanapun memberitahu kesemua alasan yang diberikan tidak diterima melainkan dengan kehadiran surat kebenaran.