Selesema Babi Afrika 1

Seludup Babi Dari China, Filipina Dan Indonesia Kini Bergelut Perangi Wabak Selesema Babi Afrika

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Belum lagi habis kemelut wabak koronavirus, Filipina sekali lagi bakal berdepan dengan satu wabak yang baru dikenal pasti melanda kawasan selatan iaitu Mindanao selepas seludup babi dari China.

BACA: Satu Lagi Wabak Baru Dikesan Di China, Kali Ini Daripada Ayam

Wabak selesema babi atau juga dikenali dengan demam babi Afrika dikatakan berpunca daripada aktiviti penyeludupan haiwan berkenaan dari China.

Sudah merebak ke kawasan pulau-pulau utama termasuk Manila, pihak berkuasa mengambil tindakan mengharamkan daging babi serta produk yang dihasilkan daripadanya diimport dari kawasan yang terlibat termasuklah seludup babi dari China.

Selesema Babi Afrika

Sampel darah yang diuji juga positif juga menyebabkan sekitar 20,000 ekor babi dibun*h bagi mengelakkan penularan ke skala yang lebih besar berikutan keadaaan ladang yang kurang bersih.

Malah wabak selesema babi ini juga dikatakan telah merebak ke Bali, Indonesia dan menyebabkan sekitar 888 ekor babi ditemui terapung di laluan air disahkan m4ti.

Di kawasan utara Bali, sekurang-kurangnya 30,000 ekor babi dilaporkan m4ti yang mana jumlah populasinya adalah sebanyak 1.2 juta. Ketike mengunjungi Bali, menu babi guling merupakan salah satu menu popular kegemaran pelancong.

https://www.facebook.com/LandlineABC/videos/545431566224514/

Sudah diiktiraf sebagai darurat kesihatan global oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih kurang lima juta penduduk di bandar Wuhan telah keluar sebelum bandar tersebut dikuarantin pentadbiran China menjadi punca kepada penularan wabak ini ke seluruh dunia.

Susulan dengan penularan wabak berkenaan, Datuk Bandar Wuhan, Zhou Xianwang hujung minggu lalu mengumumkan kesediaannya untuk meletakkan jawatannya sekarang dan mengakui bahawa pihak berkuasa di bandar Wuhan gagal dan ‘lemah’ untuk mendedahkan maklumat mengenai wabak ini pada waktu yang tepat bagi menanganinya dengan lebih awal.

 

Sumber: The Star, ABC, OIE