Halal Shopee

‘Seller’ Tak Boleh ‘Claim’ Produk Sebagai HALAL Di Shopee Jika Gagal Patuhi Syarat Ini

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ramai penjual atau ‘seller’ di Shopee membuat kesilapan apabila mendakwa produk mereka sebagai halal tanpa mengetahui bahawa perbuatan tersebut sebenarnya tidak dibenarkan.

Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dan perakuan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah diperlukan untuk membuat ‘claim’ tersebut atau ‘listing’ mereka di Shopee itu berkemungkinan akan dipadamkan.

Menurut Zeeda Aziz dari Pasar Kedah, peniaga juga berisiko untuk dikenakan tindakan undang-undang sekiranya mereka suka-suka menggunakan perkataan untuk mendakwa produk mereka sebagai halal di Shopee.

Ikuti butiran lanjut mengenai peringatan mesra ini yang dibuat olehnya melalui hantaran Facebook berikut:

Halal Shopee

Kepada rakan penjual di Shopee, pastikan ya dalam listing anda TIDAK ada perkataan:

  • Halal
  • Certified Halal (Ditanggung Halal)
  • Makanan Orang Islam
  • Muslim Friendly
  • The ingredients are made from a Halal-certified factory (Ramuan diperbuat daripada kilang yang dipersijilkan Halal)
  • Produk Keluaran Muslim

Walaupun anda menghasilkan produk homemade seperti kek, kuih, sabun dan sebagainya, tetapi tanpa ada pensijilan halal oleh JAKIM, anda perlu padamkan perkataan itu sama ada di tajuk, deskripsi produk, attribute atau gambar.

Kegagalan memadamkan perkataan-perkataan seperti yang ditulis di atas akan menyebabkan listing anda akan DIPADAMKAN dan berisiko dikenakan tindakan undang-undang.

Harap maklum.

Halal Shopee

BACA: Ubah Struktur Pembayaran Lewat, SPayLater Shopee Kini Disahkan Patuh Syariah

Sumber: Zeeda Aziz