
Selim I: Sultan Bermisai Panjang Tanpa Janggut Yang Digeruni Ramai Kerana Terlampau Garang
Empayar Turki Uthmaniyah merupakan sebuah empayar yang terkenal sebagai sebuah negara yang berjaya menguasai sebahagian besar Eropah Tenggara, Asia Barat dan Afrika Utara antara abad ke-14 dan awal abad ke-20 dan mempunyai pelbagai sejarah yang menarik untuk dibaca, antaranya Sultan Selim I yang digeruni ramai kerana terlampau garang.
BACA: Ini Sebab Mengapa Serban Sultan Muhammad Al-Fateh Lebih Besar Daripada Saiz Kepala Dan Mukanya
Menerima gelaran Yavuz yang membawa makna sinonim seperti ‘Si Serius’, ‘Si Tegas’ dan ‘Si Keras’ kerana sifatnya yang terlampau garang, Sultan Selim I mula memerintah bermula tahun 1512 hingga 1520, Sultan Selim I merupakan Sultan Uthmaniyah pertama yang memegang gelaran Khalifah Islam.
Dilahirkan di Amasya, baginda ditabalkan sebagai sultan oleh ayahnya, Bayezid II (1481-1512) yang mangkat selepas pertabalan tersebut. Sama seperti datuknya, Mehmed II (1451-1481), Selim I telah mengorbankan adik dan anak saudaranya bagi mengelakkan berlakunya persaingan di atas takhta selepas melihat bagaimana wujudnya perang saudara antara ayah dan bapa saudaranya bertelingkah kerana takhta, dan juga antara baginda dengan abangnya, Ahmed.
Baginda bertanggungjawab membawa kepimpinan cabang sunnah Islam dengan menakluk kawasan Timur Tengah dan membawa perubahan mendadak dalam polisi perluasan empayar yang banyak digunakan dalam menentang Barat dan Beyliks sebelum pemerintahan baginda.
Menurut ahli sejarawan, Selim I mempunyai misai yang panjang dan tiada janggut. Wajahnya yang garang dan bengis ditambah pula dengan karakternya yang tegas, Selim I menerima pelbagai gelaran.
Takutnya orang ramai kepada baginda, sehinggakan ada menteri yang tidak pernah mengangkat kepala semasa bercakap dengannya kerana baginda susah untuk tersenyum dan nampak serius.

Merupakan seorang yang mahir dalam taktik peperangan, warak dan bijak, Selim I dikatakan pernah mengetuk kepala seorang menggunakan kipasnya kerana mereka didapati bercakap dan tidak memberi perhatian semasa baginda sedang berucap.
Jadi semasa baginda berucap, semua hadirin akan cuba menumpukan perhatian dan diam bagi mengelakkan dipanggil baginda. Baginda bersikap tegas kerana mahu kesemua rakyat di bawah pemerintahannya berdisplin.
Walaupun hanya memerintah dalam tempoh masa yang singkat, iaitu selama lapan tahun (hampir sembilan tahun), pada malam pemergian baginda, dikhabarkan empayat Uthmaniyah sudah mengembang sehingga satu bilion ekar iaitu tiga kali ganda sebelum baginda megambil alih.

Ada beberapa pendapat mengenai punca meninggalnya Sultan Selim I, antaranya
- penyakit sirpence yang dijangkiti selepas duduk terlalu lama di atas kuda semasa menjalankan misi di Iran dan Mesir.
- wabak yang sedang melanda tanah jajahan baginda.
Baginda kemudiannya digantikan oleh Sultan Suleiman I, yang mendapat gelaran Sulaiman Yang Hebat dan Pembuat Undang-Undang.
Trending now



