
Selepas Tular, Masjid Temerloh Jaya Terus Meriah Dengan Kehadiran Jemaah Luar
Tular beberapa minggu lalu, Masjid Temerloh Jaya berjaya mencipta nama sebagai masjid yang paling ramai menerima jemaah untuk menunaikan solat Subuh. Ketika azan Subuh dilaungkan, lebih 600 orang jemaah dilihat sudah bersedia memenuhi ruangan 13 saf di sana.
Boleh memuatkan 800 jemaah dalam satu-satu masa, Masjid Temerloh Jaya semakin meriah dikunjungi orang ramai selepas tular di media sosial.
Menurut Pengerusi Masjid, Dr Abdullah Ismail, Masjid Temerloh Jaya menjadi tumpuan orang ramai hampir setiap hari yang datang berkunjung termasuklah daripada pertubuhan-pertubuhan luar negara yang mahu mengetahui rahsia ‘kejayaan’ mereka mengumpul jemaah.
https://www.facebook.com/hassan.samadi.10/posts/2639828949389238?__xts__%5B0%5D=68.ARA-6O-SpHp8roSE9yVvMlM0MarmN1jLVDw8J4MzSeaf8cnK315k3CkHxRI_Va1lHZPGlL57e1KIIPeeRU5Ve4BAtyD58Vrtp8z3asRc4pe4zWfX1Lmfv6c-EUAHOgF2bMTNKv8kHeIE1_ooGSkhZhlp-WG712m2EHRE1Nr779PzV_PvtoPwAwiSx8Pa-bOepOZn7U5t2OOqas_GgcF-smTQCIJ5SD5dK3EDJ06f5-MB0gG4IZ1SOQm4A6auIE974V5WLbt2Ba0lZxvBsWVQhBgY2UuvdMg2x5nO4j31bTGksWaGuDsvsgHxbK6PlSAn2DYSvoefr2ALbM3Naoh2SHyB0tTO&__tn__=H-R
Giat menyuburkan syiar Islam di sana, Masjid Temerloh Jaya bukan sahaja giat menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan sosial tetapi juga dibuka selama 24 jam dan bebas menerima kunjungan sesiapa sahaja menjadikannya berdiri sebagai sebuah masjid yang berjaya mencipta fenomena di Malaysia.
Adakalanya, jemaah melimpah keluar daripada kawasan masjid disebabkan ketidakcukupan ruang menampung jemaah yang hadir.
Dengan tagline Masjid TJ, Masjid Kita, pihak pengurusan yang terdiri daripada 12 orang jawatankuasa masjid sentiasa menerapkan rasa sayang masyarakat kepada masjid tersebut sebagai salah satu kepunyaan mereka.
Pada awalnya, pihak mereka cuma menyasarkan 10 saf daripada 13 saf sahaja dipenuhi jemaah pada waktu solat Subuh dan Isyak walaupun sebelum itu hanya lima saf sahaja yang berjaya penuh. Namun dengan komitmen dan sebaran kempen melalui media sosial, khutbah Jumaat, pengumuman, rumah ke rumah. target mereka berjaya dicapai.
https://www.facebook.com/fendismail6036/videos/2515164255205444/?__xts__%5B0%5D=68.ARB9ynyvqcT-tnpWGhuurJ4XOowt1tZBM_VOEqOUFy35wMuoIjZ9-9gcrLz66pFCGsKWAtNrqFT7TbnEAL7uH2ns3c3jWLhnyGUjtEXCtgUK98D0jBGN3CKC0EkHEgOITdZye1pFc6FRw0B09vowuGZhTeQp3iJBNZoiFcxAFWSCsgbmDXfXp-9weW4Cj1Z7Hf9YsKzirfWjWVX6vOc6gW4L-SBKqQwqlpie6QqneSGKV2uF4h0N2kQ73kxPFZz96EwaNUt_SsVCT19bpVkEyZl1LS9ToyQbzQTH_DWASyf5gv1aTtbhep2RVjtDCizzcUvx5zKkBqbHETUfyDSG1A2To_QSy44PMiEFp2AF&__tn__=H-R
Turut dijadikan sebagai lokasi tumpuan dalam melakukan aktiviti penduduk termasuklah sukan untuk golongan muda, pihak pengurusan masjid telah menubuhkan Pusat Khidmat Komuniti bagi menjaga kebajikan jemaah masjid terutamanya pemberian kepada yang memerlukan, ziarah mesra dan persekolahan.
Sentiasa mendapat bantuan daripada sedekah dan infak orang ramai untuk menjayakan program-program yang dijalankan, Masjid Temerloh Jaya memberitahu mereka setakat ini tidak berdepan dengan masalah kewangan.
Sumber: Harian Metro
Ada yang pernah main permainan video ini?
SEKIRO : Shadows Die Twies (2019)
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.