
Selepas McDonald’s Tutup, Rusia Buka Restoran Baharu Dengan Menu Serupa
Selepas rangkaian restoran makanan segera terbesar McDonald’s menutup 850 cawangannya di Rusia, muncul restoran tempatan sebagai alternatif untuk penduduknya menikmati makanan segera seumpama itu.
Menariknya, restoran makanan segera baharu itu memiliki logo yang hampir sama dengan McDonald’s dengan menu serupa tetapi pada harga yang lebih murah.
BACA: Penduduk Rusia Serbu Restoran McDonald’s Sebelum Ditutup. Burger Dijual Dalam Pasaran Gelap
Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine membuatkan rangkaian restoran makanan segera itu menutup sementara cawangannya di sana sebagai tanda protes.
Presiden dan CEO McDonald’s Rusia, Chris Kempczinski mengatakan bahawa pihaknya menghentikan perniagaan ketika ini sebagai sokongan tidak mengabaikan penderitaan manusia yang sepatutnya tidak perlu terjadi di Ukraine.
Meskipun begitu, beliau memberi jaminan tetap menggaji seramai 62,000 pekerjanya.
Berita penutupan McDonald’s Rusia menjadi tumpuan dunia telah menyebabkan warganya berasa khuatir hingga panik dengan keputusan itu.
Ada yang sanggup berbelanja lebih hanya untuk membeli puluhan burger McD sebagai simpanan stok.
Namun begitu, penutupan McDonald’s di sana telah digantikan dengan kemunculan restoran ‘klon’ bernama Uncle Vanya.
Dilaporkan, pengusaha restoran Uncle Vanya telah mengajukan pendaftaran tanda dagangan kepada pihak berkuasa Rusia.
Logo baharu restoran itu merupakan huruf ‘B’, namun pemilihan warna hingga bentuknya sangat mirip logo McDonald’s yang ikonik.
Memetik laporan agensi berita Rusia, Interfax, rangkaian restoran itu mampu menggantikan 250 gerai McDonald’s di ibu kota Rusia selama setahun.
Nama Uncle Vanya diambil daripada drama abad ke-19 dan kesemua bahan makanan restoran itu menggunakan hasil tempatan sahaja.
Bagi mendukung restoran Uncle Vanya, Dewan Bandar Moscow dikatakan telah memberikan dana 500 juta rubel kepada rangkaian restoran makanan segera tempatan itu dengan mengambil alih lokasi McDonald’s.
“Pekerjaan perlu dipertahankan dan harga diturunkan,” ujarnya Majlis Persekutuan Rusia.
Sumber: Detik
Trending now



