
Selepas Hampir 20 Tahun, Pasar Borong Selayang Akhirnya Jadi Milik Warga Tempatan
Selepas hampir 20 tahun dimonopoli oleh warga asing, Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang akhirnya kembali ‘dimiliki’ warga tempatan.
BACA: 3,000 Pekerja Diperlukan, Ini Peluang Rakyat Tempatan Monopoli Pasar Borong
Wabak COVID-19 yang melanda dunia termasuklah Malaysia akhirnya menjadi asbab keberjayaan kerjaan menyelesaikan isu monopoli warga asing di pasar borong berkenaan.
Awal Mei lalu, pihak Persatuan Pemborong Sayuran Kuala Lumpur memberitahu mereka memerlukan sekitar 2,000 pekerja sayur bagi membantu kerja-kerja pemunggahan sayur dari lori dan menghantarnya ke kedai.
Setelah hampir 20 tahun…
Dengan bayaran gaji sekitar RM80/hari dengan tempoh waktu bekerja dari jam 10 pagi hingga 7 malam, mereka menerima sambutan menggalakkan daripada warga tempatan sama ada daripada kalangan mereka yang mengganggur termasuklah gelandangan ketika Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung.
Usaha drastik yang diambil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan kerjasama Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa ini telah bukan sahaja menyelamatkan lokasi berkenaan daripada menjadi lubuk pencarian pendapatan warga asing tetapi juga membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada warga tempatan.
Selain itu, Annuar yang mahukan pengambilan pekerja asing di pasar borong di seluruh negara dihentikan secara segera susulan daripada data mendapati lebih 1,000 orang pekerja asing bekerja di Pasar Borong Selayang ketika ini.
BACA: Dominasi Perniagaan Sayur Warga Asing Di Lembah Klang ‘Tekan’ Peniaga Dan Peruncit Tempatan
Sambutan baik daripada warga tempatan terhadap iklan mencari pekerja yang dilakukan majikan membuktikan bahawa warga tempatan tidaklah memilih pekerjaan seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.
Setiausaha Agung Annuar Musa, Mohd Zulkifli Abdul Fattah memberitahu pihak mereka mendapati ada pemegang lesen yang mahukan keuntungan atas angin dengan menyewakan lot kedai kepada warga asing.
Bukan itu sahaja, pengaruh dan kuasa warga asing menjadikan mereka golongan ‘tidak boleh disentuh’ kerana dijaga individu tertentu seperti gangster yang mengutip wang perlindungan bagi memastikan keselamatan golongan ini daripada warga tempatan dan pegawai kerajaan.
Tinjauan pihak Annuar juga mendapati kebanyakan warga asing di kawasan ini adalah terdiri daripada pendatang asing tanpa izin dan pemegang kad UNHCR.
Sumber: Malaysia Gazette
NOTA:
Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.
Jika anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.
Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.
Trending now



