Setelah 5 Tahun, Akhirnya Pelakon Moon Lovers Scarlet Heart Dedah Babak Akhir Yang Tidak Ditayangkan

Selepas 5 Tahun, Pelakon ‘Moon Lovers: Scarlet Heart’ Buka Mulut Tentang Babak Akhir Yang Dipotong

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Babak akhir Moon Lovers: Scarlet Heart tergantung?

Biarpun sudah lima tahun, drama Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo masih lagi menjadi sebutan peminat gara-gara penamatnya yang agak tergantung.

BACA: ‘Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo’ Musim Ke-2, Scam Terbesar K-Drama?

Drama yang sepatutnya menemukan semula para pelakonnya di dunia moden ini terhenti dengan babak watak Hae Soo kembali menjadi Go Ha-jin di dunia abad ke-21 dan kemusnahan Dinasti Goryeo.

Namun baru-baru ini, teraju utama drama berkenaan, Lee Joon-ki dan IU telah mendedahkan babak akhir yang sudah dirakamkan namun tidak ditayangkan kepada umum.

‘Moon Lovers Scarlet Heart Ryeo’, Scam Terbesar K-Drama 2

Selalu mendapat pertanyaan daripada penonton drama tersebut berkenaan dengan sambungan siri kedua, Lee Joon-ki menerusi satu perbualan telefon bersama IU dalam rancangan DREA di Naver NOW akhirnya menjawab soalan peminat berkenaan hal itu.

Biarpun secara logik, ianya agak sukar untuk dilaksanakan, Lee Joon-ki menyoal IU sama ada beliau berminat untuk meneruskan lakonannya sebagai Go Ha-jin jika musim kedua dihasilkan.

Jawab IU:

“Saya rasa semua yang menjalani penggambaran semua merasakan yang sama – gembira dalam menjalaninya. Malah sekarang masih ramai yang sukakan drama ini.

Bukan kah ianya sesuatu yang luar biasa?

Jika keadaannya sesuai untuk kita semua (para pelakon dan kru) untuk bersama meneruskan musim kedua, tiada sebab untuk tidak melakukannya.”

Setuju dengan jawapan IY, Lee Joon-ki secara jujur memberitahu tidak menyangka drama Moon Lovers: Scarlet Heart masih lagi disukai ramai di seluruh dunia.

‘Moon Lovers Scarlet Heart Ryeo’, Scam Terbesar K-Drama

Yang mengejutkan ramai apabila teraju utama drama berkenaan turut mendedahkan ada babak akhir Moon Lovers yang tidak ditayangkan antaranya watak Wang So dan Hae Soo berjumpa di dunia moden.

Diadaptasi daripada siri drama China, Scarlet Heart (2011) yang juga merupakan adaptasi novel Bu Bu Jing Xin, drama bersejarah ini menampilkan barisan pelakon hebat terdiri antaranya Lee Joon-gi, Lee Ji-eun (IU), Kang Ha-neul, Baekhyun EXO dan Nam Joo Hyuk.

Sumber: Soompi