
Selepas 30 Tahun, Gunung Himalaya Akhirnya Boleh Dilihat Dengan Jelas Dari Jarak Jauh
Selepas 30 tahun, gunung Himalaya akhirnya jelas dilihat dari jarak jauh.
Majoriti daripada penduduk dunia kini sedang menjalani perintah berkurung mahu pun pergerakan kawalan, sama ada dengan kuat kuasa dari kerajaan mahu pun atas kesedaran diri sendiri.
BACA: Lebih 1 Juta Penduduk Dijangka Positif COVID-19, India Keluar Perintah ‘Total Lockdown’ 21 Hari
Di India, 1.3 bilion rakyat kini sedang berada di bawah perintah total lockdown selepas lebih daripada satu juta penduduknya dijangka positif wabak COVID-19.
Perintah yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Narendra Modi telah pun bermula tengah malam 24 Mac lalu akan dilakukan dalam tempoh 21 hari (tiga minggu) sebagai usaha memerangi penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan penduduk.

Susulan dengan perintah itu, kadar pencemaran udara yang selalunya berlaku di India juga turun dengan mendadak sehingga membolehkan pergunungan Himalaya jelas kelihatan dari jarak jauh!
Teruja dengan keadaan berkenaan, penduduk di kawasan utara India berkongsikan pemandangan yang pertama kali terjadi sejak tempoh 30 tahun lalu.
Himalaya mountains can be seen from Jalandhar since pollution has reduced in Punjab. Beautiful sight 😍#punjab #COVID19 #pollution pic.twitter.com/iZy7hwxX9R
— TjSingh (@covsinghtj) April 3, 2020
Due to less pollution Himalayan ranges are visible from Karachi 😍#lockdowneffect #CoronaLockdown pic.twitter.com/6IZf5Tqkzp
— 𝚝𝚊𝚑𝚒𝚛 (@kaaazmiii) April 5, 2020
The Himalayan Mountains, not seen in India for 30 years due to pollution. Now can be seen from over 200km away.
If this lockdown, and others in the world, doesn’t show what we are doing to this world; and that it’s not too late to turn it around, then we all deserve to lose it. pic.twitter.com/liPwrzSApw
— Sven Richards 🇩🇪 (@SvenR87) April 7, 2020
Himalayan mountain range have started to be visible from Jalandhar due to low pollution pic.twitter.com/byx74bns8s
— Rishi Bagree (@rishibagree) April 4, 2020
Bukan sahaja pergunungan Himalaya yang diliputi salji itu dapat dilihat dengan jelas dari jarak sejauh 200km, malah kata penduduk, bintang-bintang juga kini boleh dilihat dengan jelas pada waktu malam.
Menurut Lembaga Pencemaran Pusat India, kualiti udara di India meningkat dengan mendadak dengan purata sehingga 33% dalam tempoh masa dua minggu (16 hingga 27 Mac).
BACA: Dibuang Kerakyatan, Penduduk Muslim Di India Buat Demonstrasi Bantah Akta Kerajaan
Di India, agak mustahil untuk negara berkenaan bebas dengan pencemaran alam sekitar. Ini kerana dengan kepadatan penduduk dalam keluasan 3.287km per segi, sukar untuk mereka capai ke arah tersebut.
Lihat sahajalah apa yang perlu polis India lakukan demi mengawal penduduk yang seakan tidak terkawal apabila berada di jalan raya.
Antaranya mereka terpaksa mengutkuasakan denda menulis karangan atas kesalahan tidak memakai topi keledar dan memasang alat pengukur bunyi bising di ampu isyarat.
Terdahulu, presiden sebuah parti politik di India, Presiden Swami Chakrapani Maharaj daripada Parti Hindu Mahasabha mendakwa wabak COVID-19 dapat dirawat dengan menggunakan najis lembu iaitu pada kategori tahi dan air kencingnya.
Dengan menggunakan ritual khas yang dipanggil yagna, kedua bahan tersebut akan dilumurkan pada badan mangsa dengan teriakan Om Namah Shivay dikatakan boleh mengubati wabak koronavirus yang kini sudah melanda lebih 209 buah negara dan termasuklah dua kapal persiaran Jepun serta Amerika Syarikat dan negara Malaysia.
Sumber: SBS Hindi
Trending now



