Selepas 28 Tahun Beraksi, Maria Sharapova Umum Bersara Daripada Dunia Sukan Tenis

Sumber: TMZ

Selepas 28 tahun beraksi dalam gelanggang tenis, bintang tenis Rusia, Maria Yuryevna Sharapova atau lebih dikenali sebagai Maria Sharapova akhirnya mengumumkan bersara daripada dunia sukan tenis.

Mengumumkan persaraan di usia 32 tahun menerusi media Vanity Fair semalam (26 Februari), Sharapova pernah merangkul gelaran Grand Slam sebanyak lima kali memberitahu faktor kesihatan menjadi punca utama kepada keputusan berkenaan.

Mengalami kecederaan di bahu kiri yang dipercayai susulan daripada kecederaan yang dialami pada tahun 2007, beliau pernah digantung selama 15 bulan selepas dikurangkan CAS (Court of Arbitration for Sport)  daripada dua tahun akibat gagal ujian doping (positif Mildronate) berikutan pengharamannya oleh World Anti-Doping Agency (WADA) pada 1 Januari 2016.

BACA: Nicol David Secara Rasmi Gantung Raket

Terkenal dengan gaya pukulan kilas dua tangan, Sharapova berjaya menjadi permain profesional pada April 2001 ketika berusia 13 tahun selepas menjalankan latihan seawal usia 9 tahun di Akademi Tenis Nick Bollettieri pernah menduduki ranking tertinggi persorangan di kedudukan pertama pada Ogos 2005 dan memecahkan rekod sebagai pemain wanita Rusia pertama yang menjadi nombor 1 dunia.

Maria Sharapova Umum Bersara Dari Dunia Tenis 1
Sumber: WTA

Memiliki wajah yang menawan, Sharapova banyak mendapat tajaan daripada syarikat besar antaranya Nike, Avon, Evian, TAG Heuer, Porsche dan sebagainya.

Turut memiliki jenama perniagaan gula-gula sendiri iaitu Sugarpova Candy, Sharapova pernah melakukan pendedahan di saingan Terbuka Australia 2016 mengenai persaraannya yang dikatakan akan berlaku selepas berakhirnya sukan Olimpik 2016 di Rio.

Sumber: Sukan.my, Vanity Fair