Selepas 27 Tahun Virus Polio Ditemui Di Malaysia 1

Selepas 27 Tahun Bebas, Ini Kes Pertama Virus Polio Melibatkan Bayi Tiga Bulan Di Malaysia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Selepas 27 tahun Malaysia bebas daripada virus polio, hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan kes pertama polio yang berlaku di Malaysia di laman web rasmi mereka.

Polio atau Poliomielitis adalah penyakit yang menyebabkan kelumpuhan yang mana poliovirus menjadi ejen pembawanya masuk ke dalam badan melalui mulut dan merosakkan usus dan mampu memasuki saliran darah dan saraf pusat yang menyebabkan kelemahan otot.

Selepas 27 Tahun Virus Polio Ditemui Di Malaysia

Mangsa merupakan seorang bayi lelaki warganegara Malaysia berusia tiga bulan dari Tuaran Sabah telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi selepas mengalami demam diikuti dengan lemah anggota badan. Mangsa kemudiannya disahkan dijangkiti vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1) Jumaat lalu, 6 Disember 2019.

Hasil daripada ujian pengesahan daripada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) di Australia, virus tersebut dikatakan mempunyai perkaitan genetik dengan virus polio yang dikesan pada kes Acute Flaccid Paralysis (AFP) di Filipina yang kemudiannya diklasifikasikan sebagai circulating vaccine-derived poliovirus type 1 (cVDPV 1).

Mangsa yang masih dirawat di wad isolasi berada dalam keadaan stabil namun masih memerlukan bantuan pernafasan dan KKM meminta bantuan daripada orang ramai dan media agar tidak mengganggu waris atau petugas kesihatan yang sedang menjalankan tugas.

cVDPV berasal daripada virus polio yang sudah dilemahkan dalam vaksin polio yang diberi secara oral (Oral Polio Vaccine – OPV) yang dilemahkan melalui kumuhan badan (najis).

https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/photos/a.1715215348768330/2486898284933362/?type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARAgmd8z8r6jdF7NXNNRECWqdGdt3AL9LDWWMxrqDgZ_PPTLTUmU-L77o5x-gzzyYItRPyLXnz9o5npRAhDgBiUkDphIPu7xobhEZKwJTmEimZ_2xqs6u9WoDr5dI7Xw1WC207KbQUbVyg104go3nDdyeO7fimdUd5alFS353dbP4hx_RrMBASoUoq1yzJivkxmXPuJmbX2eTiIRZ7CA8CBPsto_ZFuTjYTGmGOPhqFKANBCTiaDZQEnbDSiAJw5xoWi7Htt4WjvffOXA34Of2nsY8hJGqtfN63hqp5QpRuWOxylc-guxCsRFeKfa6C8bdDzpyESRKYoG17VQUX2652_X1mv&__tn__=-R

Dalam persekitaran yang tidak sanitari, virus ini boleh menjangkiti orang lain yang tiada imuniti terhadap polio dan akan terus tersebar dalam komuniti yang liputan imunisasi polio kurang daripada 95%.

Hasil siasatan mendapati, di kawasan tempat tinggal bayi berkenaan 23 daripada 199 orang (11.6%) tidak menerima vaksin berusia antara dua bulan hingga 15 tahun. Keadaan penularan ini hanya boleh ditamatkan hanya dengan imunisasi polio.

https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/photos/a.1715215348768330/2486689784954212/?type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARDXJjZLqOVETAz5dWREnWywxSTdvEYblq_FMyedHc83yc6iD08q2pTgVzEGoMJEh8Js9nMbLD_LXp7lmRT__nwJbOWrwnEeDzKLuglDmKKyXVD2lwnZZ6lGi1ABASnd13f6lv6ETQmYxg24UUtN0nOIpyrdMn7zGaHmLB65xXAxVBFoOAOWDHGgogI74TXcQAXaXOFrL7q3-PODDExXbzFWDtC7L7dNrskHRhlMG8aLPhcyIk_E5U4mMg62HASOu17EHIWURofklfz74_Gz9oBnWpeTodMIZZmTTaa2jJDuipv01Sa-dXn_6YEoSmM-UybnMf4tB4QpO8PhV6Zu2tZsFtOa&__tn__=-R

Untuk pengetahuan anda, virus polio di Malaysia berjaya dihentikan pada tahun 1992 (kes terakhir). Pada Oktober 2000, Malaysia bersama negara Rantau Pasifik barat diisytiharkan bebas daripada penyakit ini berikutan pencegahan yang berjaya dilaksanakan menerusi Program Imunisasi Kebangsaan sejak 1972 yang diteruskan sehingga ke hari ini.

Bagi mencegah daripada terus menular, liputan imunisasi perlu sentiasa melebihi kadar 95%. Namun selepas 27 tahun, virus ini kembali mendatangi Malaysia.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia