
21 Tahun Berlalu, Sunil Shetty & Shilpa Shetty Jadi Tumpuan Selepas ‘Remake’ OST Popular Filem ‘Dhadkhan’
Sunil Shetty dan Shilpa jadi tumpuan selepas remake OST filem Dhadkhan di pentas Super Dance.
Biarpun sudah 21 tahun berlalu, filem drama romantik muzikal popular India, Dhadkan masih lagi ditonton peminat sehingga kini.
Menampilkan Akshay Kumar, Shilpa Shetty, Sunil Shetty dan Mahima Chaundhry, filem ini bukan sahaja menarik perhatian kerana barisan pelakonnya, tetapi juga disebabkan runut bunyinya.
Salah satu yang menjadi siulan sehingga kini ialah Dil Ne Yeh Kaha Hai Dil Se.
Menjadi harapan peminat filem ini untuk ketiganya kembali beraksi dalam pentas yang sama.
Dan rancangan Super Dancer merealisasikan harapan peminat filem Dhadkhan biarpun ia tidak lengkap tanpa Akshay Kumar.
Tonton remake OST Dhadkhan di pautan bawah:
https://www.youtube.com/watch?v=CAf9cgJw4VM
Dhadkhan mengisahkan mengenai Anjali (lakonan Shilpa Shetty) yang meninggalkan kekasihnya, Dev (lakonan Sunil Shetty) untuk mengahwini Ram (lakonan Akshay Kuma), atas pilihan ayahnya.
Plot menjadi menarik apabila Anjali yang pada awalnya tidak bersetuju dengan perkahwinan tersebut mula jatuh hati pada kebaikan Ram yang tetap melayani keluarga tirinya dengan baik meskipun mereka hanya mahukan hartanya.
Hubungan Anjali-Dev tidak direstui kerana latar belakang Dev daripada keluarga miskin menjadi pembakar semangat untuk Dev terus berjaya dan memenangi semula hati Anjali.
Namun malangnya, Anjali sudah pun jatuh cinta pada suaminya menyebabkan Dev mula berencana untuk memusnahkan kehidupan Ram.
Pada tahun lalu, tular berita yang mengatakan filem ini akan ada sekuelnya, Dhadhkan 2.
Sebagai respon kepada berita ini, Sunil secara berseloroh memberitahu media, beliau berharap penerbit dan pengarah Dhadkan akan mengambil anak lelaki beliau, Ahan Shetty dan anak lelaki Akshay Kumar serta anak perempuan Shilpa Shetty sebagai barisan pelakon.
Setakat ini tiada lagi pengumuman rasmi mengenainya.