Selepas 15 tahun Kung Fu Hustle 2 Dalam Penggambaran 3

Selepas 15 Tahun, Stephen Chow Sahkan ‘Kung Fu Hustle 2’ Kini Sedang Jalani Penggambaran

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sebut sahaja Kung Fu Hustle, rata-rata mengenali filem aksi komedi arahan Stephen Chow ini. Walaupun selepas 15 tahun, filem ini masih lagi mendapat tempat di hati para peminat.

Selepas ditayangkan pada 2004, ramai yang menantikan sekuel daripada filem ini dan selepas berbelas tahun, penantian ini akhirnya bakal berakhir dalam masa terdekat.

Kung Fu Hustle 2 Dalam Penggambaran 2

Pada tahun 2005, Stephen Chow pernah memberitahu bahawa beliau sedang bekerja menghasilkan Kung Fu Hustle 2 namun disebabkan beberapa kejadian yang berlaku seperti kesibukan mengarah, projek ini tertangguh.

BACA: Donnie Yen Kini Di Malaysia Untuk Promosi Filem Ip Man 4: The Finale

Pengumuman yang dibuat semasa promosi filem The New King of Comedy pada Jun tahun lalu, kini dikhabarkan sedang dalam penggambaran.

Menampilkan Stephen Chow sebagai pelakon utama filem, Kung Fu Hustlle mencatat sejarah sebagai filem paling laris di Amerika Syarikat dengan kutipan sebanyak USD17 juta, manakala di global sekitar USD100 juta.

Selepas 15 tahun Kung Fu Hustle 2 Dalam Penggambaran 1

Untuk sekuel selepas 15 tahun terhenti kali ini, ianya bukanlah kesinambungan untuk Kung Fu Hustle sebaliknya hanya mempunyai kaitan rapat dengan ‘semangat’ yang ada ada filem pertama.

Terdahulu, filem Ip Man 4: The Finale telah berjaya memecahkan rekod Ip Man 3. Malah semasa mempromosikan filem berkenaan di Malaysia, Donnie Yen hadir sendiri bersama rakan pelakon yang lain.

Sebagai menghargai peminat siri filem ini, penerbit Ip Man menunaikan janjinya untuk kembali ke Malaysia.

Sumber: Screen Rant