
Selepas 15 Tahun, Sitkom ‘Friends’ Sah Akan Kembali
Selepas 25 tahun sejak kita mula-mula mengenali watak Monica, Chandler, Rachel, Ross, Phoebe dan Joey yang berada di tempat kopi mereka, Central Perk, nampaknya mereka akan kembali lagi.
Setelah bertahun-tahun diuar-uarkan mengenai sitkom popular suatu ketika dahulu ini akan kembali, akhirnya bakal menemui peminat untuk sitkom terbaru melalui laman penstriman HBO Max.
Enam pelakon asal Friends, Jennifer Aniston, Courteney Cox, Lisa Kudrow, Matt LeBlanc, Matthew Perry dan David Schwimmer setuju untuk kembali, malah pencipta rancangan ini iaitu David Crane dan Marta Kauffman turut kembali untuk menjayakan sitkom istimewa ini.

Menurut The Hollywood Reporter, ketika ini masih dalam proses rundingan untuk menyiarkan siri ini di laman penstriman tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua 236 episod sitkom terdahulu akan ditayangkan apabila perkhidmatan penstriman itu dilancarkan pada tahun 2020.
Friends mula ditayangkan pada tahun 1994, mempunyai 10 musim dan telah pun diulang tayang di platform penstriman video Netflix sejak 2015.
https://www.instagram.com/p/B3o8vWDhlOh/?utm_source=ig_embed
Sumber: NST
Trending now



