
Selepas 10 Tahun, Microsoft Umum Penamatan Sokongan Windows 7 Secara Rasmi Hari Ini
Sekiranya anda masih menggunakan Windows 7, mungkin sudah tiba masanya untuk anda menaik taraf sistem operasi komputer anda. Ini kerana, hari ini secara rasminya sistem operasi Windows 7 akan ditamatkan selepas 10 tahun berkhidmat.
BACA: Bill Gates Letak Jawatan Sebagai Ahli Lembaga Pengarah Microsoft
Maka selepas 10 tahun dan mengumumkan akan memberhentikan operasinya, pengguna Windows 7 tidak lagi akan menerima bantuan teknikal, kemas kini perisian serta keselamatan semasa menyebabkan yang menggunakannya akan teredah dengan pelbagai serangan.
Windows 7 merupakan sistem operasi yang dilancarkan pada tahun 2009 dan merupakan yang paling popular pernah dihasilkan. Sejak setahun lalu, Microsoft telah menggalakkan penggunanya untuk menaik taraf sistem operasi mereka supaya terlindung daripada ancaman keselamatan.
Turut dikenali dengan nama kod Blackcomb yang kemudiannya ditukar kepada Vienna, Windows 7 merupakan sebahagian daripada Microsoft Windows family. Dikeluarkan pada 22 Julai 2009, Windows 7 mula dijual kepada umum pada 22 Oktober 2009 selepas tidak sampai tiga tahun Windows Vista dikeluarkan.
Bill Gates ketika ditemu bual memberitahu, versi Windows 7 lebih mengutamakan pengguna dan bakal memberi tumpuan kepada peningkatan prestasi.
Menampilkan sebilangan ciri-ciri baharu seperti kemajuan pengecaman tulisan tangan dan sentuhan, sokongan cakera keras maya, peningkatan prestasi pemproses berbilang teras, mengebut, DirectAccess dan inti, Windows 7 juga turut menambah sokongan untuk sistem-sistem yang menggunakan berbilang kad grafik yang berlainan dari pelbagai vendor (Heterogeneous Multi-adapter), termasuk sekali versi baru Windows Media Center serta Gadgetnya, peningkatan ciri-ciri media, XPS Essentials Pack dan Windows PowerShell, dan Kalkulator baru dengan keupayaan berbilang baris termasuk mod-mod Programmer dan Statistics serta tukaran unit ukuran.
Sumber: Amanz via Microsoft, Wikipedia