Majikan Beli Vaksin Selangor

Selangor Tawar Pembelian Vaksin Kepada Majikan Untuk Diberi Kepada Kakitangan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Seminggu ini memperlihatkan penularan jangkitan COVID-19 di Selangor terus kekal tinggi dan membimbangkan.

Terdahulu, kerajaan Negeri Selangor berhasrat membeli kira-kira 5 juta dos vaksin dan usaha itu disambut baik kerajaan Persekutuan serta kementerian kesihatan malah turut mengumumkan kelulusan peruntukan kira-kira RM100 juta untuk tujuan itu.

Sebagai usaha mencegah penularan COVID-19 yang meningkat di negeri itu, kerajaan Selangor menawarkan pembelian vaksin kepada majikan untuk diberi kepada kakitangan.

Dengan itu, syarikat yang berminat boleh mendaftar menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) memandangkan perintah bekerja dari rumah tidak lagi diwajibkan.

“Untuk makluman, SELangkah membuka pendaftaran kepada syarikat yang berminat untuk mendapatkan vaksin untuk pekerja mereka,” kata Exco Kesihatan Awam, Dr Siti Mariah Mahmud.

Syarikat yang berminat atau sebaiknya disarankan melakukan pendaftaran menerusi laman SELangkah Vax yang sudah dibuka sejak 17 Mei 2021. Walau bagaimanapun, tarikh bermulanya program vaksinasi kerajaan Selangor masih belum diketahui.

Menerusi laman itu, Selangor juga akan membuka pendaftaran untuk ahli keluarga dan pusat kesihatan.

Majikan Beli Vaksin Selangor

Majikan Beli Vaksin Selangor

Siti Mariah pada 23 Februari lalu dilaporkan berkata, pekerja berisiko tinggi di Selangor antara kumpulan terawal menerima suntikan vaksin yang dibeli majikan mereka.

Katanya, langkah itu berikutan golongan berkenaan, termasuk bukan warganegara antara yang menyumbang peningkatan kes Covid-19 di tempat kerja.

BACA: Program Vaksin Fasa Ketiga Mungkin Terjejas, Bergantung Kepada Bekalan Vaksin

Sementara itu, KKM mengesyorkan kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh di Selangor dengan SOP yang lebih ketat sekiranya penularan di negeri itu gagal dikawal.

Kebimbangan ini memuncak berikutan kehadiran varian baharu COVID-19 yang ganas dan agresif seperti varian dari India dan Afrika Selatan.

Malahan, kes sporadik meningkat berbanding kes kluster dengan 89 peratus kes COVID-19 yang dilaporkan dari 9 April hingga 8 Mei lalu.

Sumber: Selangor Kini