Selangor Benarkan Pelanggan Makan Di Kedai Bermula Hari Ini

Sumber: FMT

Bermula hari ini, kerajaan negeri Selangor benarkan pelanggan makan di premis sebagai dalah satu kebenaran dalam membenarkan operasi restoran dan kedai makan.

BACA: Lihat Bagaimana Sistem Penyaman Udara Restoran Mampu Menyebarkan Virus COVID-19

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, masa yang dibenarkan untuk berbuat demikian adalah antara jam tujuh hingga 10 malam.

Keputusan berkenaan merupakan salah satu daripada hasil mesyuarat bersama Datuk Bandar,Yang Di-Pertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pegawai daerah.

“Kerajaan negeri akan membenarkan pengoperasian sepenuhnya restoran, medan selera, gerai berbumbung dan kiosk, termasuk untuk aktiviti makan dan minum dalam premis dari jam 7 pagi hingga 10 malam.”

Kebenaran itu bagaimanapun tertakluk kepada pematuhan penjarakan sosial bagi mengelakkan berlakunya penularan wabak pandemik COVID-19 dalam kalangan pelanggan.

Kedai Makan Kelantan 12 Malam
Sumber: Amboii

Pemeriksaan secara mengejut akan dibuat bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dikuatkuasakan pada tahap optimum.

“Penjaja makanan dalam kategori tidak berpremis seperti trak makanan dan penjaja tepi jalan boleh mula beroperasi dari jam 8 pagi hingga 10 malam, namun terhad kepada pandu lalu, bungkus dan penghantaran sahaja.”

Manakala, sebarang aktiviti penyembelihan dan pemprosesan haiwan seperti ayam di pasar-pasar termasuklah pasar awam, pasar segar dan pasar swasta masih lagi tidak dibenarkan.

Selain daripada kebenaran ini, rakyat negeri Selangor juga sudah dibenarkan beriadah di taman, termasuklah memancing bermula jam 7 pagi hingga 7 malam namun untuk aktiviti pendakian dan perkhemahan masih lagi tidak dibenarkan sama sekali sehingga 9 Jun ini.

“Sebarang bentuk aktiviti atau perkara lain yang tidak diperincikan adalah kekal tertakluk seperti yang digariskan dalam SOP yang disediakan Majlis Keselamatan Negara (MKN).”

Sumber: Berita Harian