Status Halal Kedai Teh Boba Malaysia

Selain Tealive, CoolBlog Dan Chatime Majoriti Kedai Boba Lain Tiada Sijil Halal – JAKIM

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Di sana sini, semuanya bercerita mengenai teh boba. Trend teh boba yang semakin menjadi-jadi dalam kalangan masyarakat menjadikan banyak kedai boba yang dibuka seperti ‘cendawan selepas hujan’ bagi memenuhi kehendak masyarakat kini.

Namun sejauh mana status halal teh boba di Malaysia ini boleh dipercayai?

Menurut Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), pihak mereka mengesan masih banyak kedai minuman teh boba yang menggunakan bahan tanpa sijil halal.

Status Halal Kedai Teh Boba Malaysia 1

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAIS memberitahu kebanyakan bahan untuk membuat minuman itu diimport dari Taiwan dan pemeriksaan mereka mendapati ianya tidak mempunyai logo halal.

Persekitaran premis yang bersih mempengaruhi pengguna untuk membeli di premis berkenaan selain daripada menggunakan pekerja wanita Islam bertudung bagi mengaburi mata mereka.

Malah ada di antara mereka yang mempamerkan serta menggunakan logo halal luar negara di premis masing-masing yang mana ianya adalah salah kerana ianya bukanlah sijil dari Malaysia.

Menurut JAIS, setakat ini premis minuman teh boba yang mempunyai sijil halal Malaysia adalah Tealive, CoolBlog serta Chatime sementara majoriti yang lain masih gagal mengemukakan permohonan.

Dakwaan ini turut diakui oleh pihak JAKIM sendiri. JAKIM menasihati pengguna serta pembeli Muslim supaya melakukan pencarian status halal di Portal Rasmi Halal Malaysia sebelum menggunakan sesuatu produk.

Sumber: Harian Metro

Ada yang pernah main permainan video ini?

SEKIRO : Shadows Die Twies (2019)

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.