Selain ‘Skullbreaker Challenge’, Ini Antara Cabaran Mengarut Dan Bahaya Yang Pernah Tular

Tripping Jump Challenge Cabaran Bahaya Media Sosial
Sumber: Hindustan Times

Media sosial hari ini telah memperkenalkan pelbagai cabaran dari serata dunia. Bagaimanapun, cabaran-cabaran yang diperkenalkan itu kebanyakannya lebih menjurus kepada perkara negatif.

Satu lagi cabaran baharu yang sedang popular di seluruh dunia iaitu ‘tripping jump challenge’ yang mana cabaran ini melibatkan seorang individu yang berada di tengah akan di-prank kononnya perlu melompat setinggi mungkin, sementara dua lagi rakan di sebelahnya akan menyepak kaki individu tersebut.

Antara kecederaan yang akan dihadapi, risiko kecederaan serius pada kepala, sekiranya bahagian itu terhentak dengan kuat di lantai sewaktu terjatuh. Pastinya, bahaya yang menanti sekiranya kepada terhentak dengan kuat ke atas konkrit, misalnya berlaku gegaran otak.

Sepanjang cabaran ini tular, seorang remaha perempuan di Brazil meninggal dunia selepas melakukan permainan yang popular dalam kalangan remaja.

Kita yang berfikiran matang pasti tertanya tentang faedah melakukan cabaran mengarut seperti ini. Selain ‘tripping jump’/ ‘skullbreaker challenge’, ini antara cabaran yang pernah popular di media sosial yang turut mendatangkan bahaya sehingga membawa maut.

1. Choking game

Tripping Jump Challenge Cabaran Bahaya Media Sosial
Sumber: Shared

Cabaran ini pernah mencetuskan kerisauan dalam kalangan rakyat Malaysia. Cabaran yang turut diberi nama ‘pass-out challenge’ memerlukan seseorang bertindak menekan dada dengan kuat hingga tidak bernafas selama beberapa saat.

Kesan daripada tekanan (choking) itu dikatakan akan menyebabkan hilang nafas selama beberapa saat, namun ia juga boleh mengundang maut.

2. Momo challenge

Tripping Jump Challenge Cabaran Bahaya Media Sosial

Cabaran ini meminta pengguna menambah kenalan dan menghubungi seseorang digelar ‘Momo’ menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook. Ia kemudiannya menghantar imej menakutkan dan mesej ganas yang menggalakkan keganasan atau bunuh diri.

Menurut sumber, cabaran ini juga didakwa ada kaitan dengan kematian kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Argentina yang dipercayai membunuh dirinya sendiri.

3. Keke challenge

Tripping Jump Challenge Cabaran Bahaya Media Sosial

Cabaran ini turut mendapat liputan meluas di Malaysia kerana ramai artis dan selebriti terkenal mengambil bahagian dalam cabaran yang memerlukan pencabar turun dari kereta bergerak sambil menari untuk lagu ‘In My Feeling’ oleh penyanyi, Drake. Rata-rata, cabaran ini menerima kecaman kerana bukan sahaja membahayakan malah tidak kelihatan bermoral.

Ketika cabaran itu menular, Arab Saudi mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang melakukan kekechallenge atas sebab yang sama, tidak selamat dan mungkin tidak bermoral.

4. Cabaran Bird Box

Tripping Jump Challenge Cabaran Bahaya Media Sosial
Sumber: Tubefilter

Cabaran Bird Box -sempena nama filem Netflix yang mana ia memerlukan mereka melakukan pelbagai kegiatan termasuk memandu, berjalan dan membeli-belah dengan mata mereka ditutup dengan kain.

Dalam satu video, seorang dewasa dan dua anak kecil dilihat berlari dalam rumah dengan mata mereka ditutup kain. Salah seorang daripada kanak-kanak itu terlanggar tembok.