Selain Ronaldinho, Ini Antara Bintang Lagenda Bola Sepak Yang Diisytihar Muflis

Sumber: Goal.com

Selain Ronaldinho, tahukah anda ada beberapa bintang bola sepak lain yang turut diisytiharkan muflis? Berikut antaranya:

1. Ronaldinho Gaucho

Pada Januari 2018, bintang lagenda bola sepak terkenal dunia, Ronaldinho telah mengumumkan akan bersara daripada sukan bola sepak.

Terkenal dengan gelaran King of Skill, Ronaldingo telah bergelar pemain bola sepak selama 20 tahun dengan beberapa kelab terkemuka Eropah seperti Barcelona dan AC Milan.

Pelbagai isu dan kontroversi yang timbul antaranya disaman sekitar €1.75 juta akibat pembinaan tanpa permit melibatkan kediamannya menyebabkan Ronaldinho menghadapi masalah kewangan dan akhirnya diisytiharkan muflis selepas gagal menjelaskannya.

Ingat lagi tak kes Ronaldinho yang ditangkap atas kesalahan menggunakan pasport palsu pada minggu lalu?Bekas penyerang…

Posted by ODISI on Tuesday, March 10, 2020

Tersenarai antara pemain yang pernah menerima gaji paling tinggi, Ronaldinho agak boros dan gemar berhibur menyebabkan aliran wang keluar lebih banyak daripada masuk.

Pada Julai 2019, kesemua 57 kediaman milik beliau disita dan pasport ditahan. Pada 2018, mahkamah mengisytiharkan beliau muflis dan baki akaun banknya cuma ada sekitar €6 (+-RM31) sahaja. Pada bulan lalu, baki akaun Ronaldinho dikatakan cuma tinggal €5 dan berdepan hutang sebanyak €1.75 juta.

2. Asamoah Gyan

Bekas penyerang Sunderland ini pada suatu ketika dahulu pernah memiliki kereta mewah Rolls-Royce baru-baru ini mendedahkan gagal menanggung keluarganya dan hanya mempunyai €600 sahaja di dalam akaun banknya.

Pernah dibayar sehingga €227,000 dalam tempoh masa seminggu, Asamoah hilang kebanyakan daripada wangnya akibat daripada masalh keluarganya.

Selain Ronaldinho, Ini Antara Bintang Bola Sepak Tersohor Lain Yang Kini Sudah Jatuh Miskin 2
Sumber: Africa Feeds

Mengumumkan persaraan daripada bola sepak antarabangsa 21 Mei tahun lalu meskipun hanya tinggal beberapa minggu sebelum Piala negara Afrika berlangsung, bekas Kapten Ghana ini memberitahu sejak jatuh miskin beliau belum pernah bercakap dengan isteri dan anak-anaknya selama berbulan-bulan.

3. David James

Bekas penjaga gol nombor satu England ini mengumumkan muflis pada 2014. Perceraian pada 2005 menyaksikan peningkatan pada hutangnya sehingga diarahkan mahkamah untuk menjual satu persatu harta miliknya.

BACA: Ronaldo Bahagia Beri Elaun RM432 Ribu Sebulan Kepada Tunang

Menjadi pujaan ramai wanita kerana ketampanannya, sifat boros melampau James menjadi salah satu punca kejatuhannya meskipun terkenal dengan sikap dermawannya.

Bagi melunaskan segala hutang-hutangnya, james menjual majoriti jersi edisi terhad yang dikumpul sepanjang kariernya.

Selain Ronaldinho, Ini Antara Bintang Bola Sepak Tersohor Lain Yang Kini Sudah Jatuh Miskin
Sumber: 90 Min

Selain Ronaldinho, bintang bola sepak lain yang termasuk dalam senarai ini ialah Diego Maradona, Paul Merson, John Arne Riise, Eric Djemba-Djemba dan Brad Friedel.

Sumber: The Sun UK