Selain Miskin, Ini Enam Faktor Berlakunya Perkahwinan Bawah Umur Di Malaysia

enam faktor berlakunya perkahwinan bawah umur Malaysia
Sumber: Mstar

Sejak isu perkahwinan bawah umur hangat diperkatakan, kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang berusaha menangani isu ini dengan menyiapkan draf Pelan Strategik Kebangsaan yang membabitkan pindaan Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 [Akta 303] dengan menetapkan umur minimum perkahwinan bagi wanita kepada 18 tahun.

Kerajaan telah mengenal pasti enam faktor berlakunya perkahwinan bawah umur di Malaysia sejak dahulu lagi. Menurut Dr Wan Azizah, enam faktor itu ialah:

1. Pendapatan rendah dan kemiskinan
2. Kekurangan atau ketiadaan akses kepada Pendidikan Kesihatan Reproduktif (SRH) dan kemahiran keibubapaan
3. Kekurangan akses kepada pendidikan dan kehadiran ke sekolah rendah.
4. Kelonggaran undang-undang yang memperuntukkan permohonan berkahwin di bawah 18 tahun.
5. Stigma masyarakat bahawa perkahwinan pilihan terbaik menyelesaikan masalah.
6. Kekurangan penyelarasan data perkahwinan dan penceraian bawah umur.

enam faktor berlakunya perkahwinan bawah umur Malaysia
Sumber: Awani

Susulan itu, kerajaan dengan kerjasama beberapa pihak akan membangunkan pelan yang mengandungi tujuh objektif, 17 strategi dan 58 program serta tindakan bagi menangani punca tersebut dalam tempoh lima tahun akan datang.

Semoga dengan usaha menyeluruh dengan kerjasama pelbagai pihak, isu perkahwinan bawah umur dapat ditangani dengan lebih bijak dan rasional tanpa terpengaruh dengan emosi serta prejudis.

Sumber: MalaysiaGazette