
Selain M Kulasegaran, Ini 4 Individu Lain Terima Surat Peguam Zakir Naik
Dituduh disebabkan kenyataan yang telah diputar belit oleh media, Zakir Naik membuat laporan polis di Balai Polis Komuniti Seksyen 7, Shah Alam terhadap lima individu termasuklah Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran.
BACA: Dr Zakir Naik Dituduh Pecah Amanah, Guna Dana Kebajikan RM113 Juta
Zakir Naik yang meminta pihak polis menyiasat lima individu tersebut mengikut Akta Hasutan 1948 atau mana-mana akta yang berkaitan dengan tuduhan fitnah terhadap beliau.
Surat tersebut menuntut agar pemimpin-pemimpin tersebut memohon maaf dalam tempoh 48 jam atau bakal berdepan dengan saman di mahkamah.
1. M Kulasegaran V. Murugeson – Menteri Sumber Manusia/ Ahli Parlimen Ipoh Barat (DAP)
Dalam PRU 2004, M Kulasegaran telah berjaya menguasai kerusi Ipoh Barat dengan bilangan undi sebanyak 22,953 dan mengalahhkan Ho Cheong Sing dari Barisan Nasional dengan perbezaan undi sebanyak 598 sahaja. Pada PRU 2008, beliau mengalahkan Yik Phooi Hong dengan memperoleh undi sebanyak 32,576 berbanding lawannya hanya 17,042 sahaja.
M Kulasegaran pernah mempersoalkan Ketuanan Melayu, DEB dan diskriminasi terhadap bukan Melayu di Dewan Rakyat pada Disember 2009 sehingga menimbulkan kekecohan.
Sabtu lalu, beliau mengeluarkan kenyataan bahawa beliau enggan memohon maaf terhadap Zakir Naik dan bersedia untuk berdepan dengan saman yang dikemukan terhadapnya.
2. Prof Dr Ramasamy Palanisamy – Timbalan Setiausaha Agung Kebangsaan DAP/ Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang
Pada 26 Ogos 2005, beliau dipecat dari jawatan pensyarah bidang Sains Politik di UKM kerana pandangannya yang kritikal banyak menyentuh isu-isu dasar kerajaan. Pernah berdepan dengan beberapa isu antaranya saman RM10 juta terhadap The Star dan pendaftaran undian anaknya di Kampung Tanjung DUN Semenyih dalam Parlimen Hulu Langat.
Pada 9 Julai 2014, beliau pernah dilaporkan ke pihak polis oleh bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Mohamed Zaman Khan Rahim Khan atas tuduhan kenyataannya yang berbaur hasutan; tidak gentar sekiranya peristiwa 13 Mei berulang.
Pengerusi Pembela turut mendakwa kenyataan beliau pada ketika itu seolah-olah mencabar undang-undang negara Malaysia dan melakukan laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara.
3. Charles Anthony Santiago – Ahli Parlimen Klang (DAP)
Bergelar ahli ekonomi politik dan pengarah badan sivil Monitoring Sustainability of Globalisation, beliau pernah mengeluarkan kenyataan berhubung isu pengenalan Jawi khat dalam silibus Bahasa Melayu sekolah vernakular bahawa Tun M seolah-olah melakukan keputusan sendiri serta terlalu banyak kuasa di tangannya dan ianya tidak boleh dibiarkan.
Kenyataan beliau kemudiannya dibidas Exco Armada Bersatu yang mengatakan apabila sudah menjadi kerajaan perkara yang paling utama adalah menguruskan kesatuan politik serta mengetahui tanggungjawab dan bidang kuasa masing-masing serta ‘tidak besar kepala’.
4. Datuk Dennis J Ignatius – Bekas Diplomat
Dennis yang juga bekas diplomat dari Universiti Malaya turut tegas dengan pendiriannya bahawa beliau tidak bersalah atas tuduhan seperti yang didakwa oleh Zakir Naik dan bersedia untuk membantu siasatan pihak polis.
Pernah berkhidmat di London, Beijing, Washington, Chile dan Argentina, Dennis yang juga merupakan veteran (36 tahun) dalam Perkhidmatan Asing Malaysia pernah dilabel sebagai melampau kerana mengeluarkan kritikan terhadap manifesto MCA pada April 2018.
5. Satees Muniandy – ADUN Bagan Dalam
Ahli politik ini pernah terpalit dalam konterversi ‘menderhaka’ kepada Sultan Johor supaya baginda sedar diri dengan kuasa undang-undang baginda yang beliau dakwa sebagai melebihi kuasa Raja Melayu.
Beliau yang pada ketika itu merupakan Setiausaha Peribadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang turut mahukan agar Sultan Johor tidak menghalang rakyat daripada mengadakan demonstrasi.
Lexis Hibiscus 2 lebih mewah daripada yang pertama.
Lexis Hibiscus 2 : YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.