
Selain KRI Nanggala 402, Ini 5 Tragedi Buruk Kapal Selam Sepanjang Sejarah
5 Tragedi Buruk Kapal Selam Sepanjang Sejarah.
Berita kehilangan kapal selama KRI Nanggala 402 milik Indonesia telah menggemparkan dunia dan meruntun ramai orang.
Kapal selam yang juga satu daripada lima dimiliki tentera Indonesia hilang 21 April lalu ketika menjalani latihan ketenteraan menggunakan torpedo di perairan Bali.
Dikatakan terputus hubungan ketika tenggelam sedalam 700 meter di dasar laut, melebihi keupayaan aset itu untuk bertahan terhadap tekanan persekitaran.
Selepas lima hari pencarian, KRI Nanggala 402 yang hilang ditemui pecah sekurang-kurangnya tiga bahagian di dasar Laut Bali sekali gus kesemua 53 kru kapal diisytihar meninggal dunia.
BACA: Struktur Boleh Berubah Kerana Tekanan Air, Ini Yang Akan Berlaku Pada Kapal Selam Semasa Tenggelam
Selain tragedi menyayat hati KRI Nanggala 402, berikut merupakan antara lima insiden terburuk kapal selam sepanjang sejarah.
1. Kursk
Merupakan kapal selam berteknologi tinggi milik tentera laut Rusia yang tenggelam pada 12 Ogos 2000 ketika menjalani latihan menembak torpedo di perairan Barents.
Siasatan mendapati insiden berlaku disebabkan salah satu daripada torpedo di dalam kapal selam meletup yang mengakibatkan senjata lain turut terjejas.
Insiden tersebut telah mengorbankan seramai 118 kru dan direkodkan kemalangan maritim paling buruk sepanjang sejarah. Kejadian itu juga lambat disedari oleh pihak Rusia yang berada di perairan Barents.
Tragedi malang ini dijadikan filem berjudul Kursk pada 2018 arahan Thomas Vinterberg.
2. USS Thresher
Pada April 1963, kapal selama Amerika, USS Thresher tenggelam di kedalaman 2,560 meter diketika sedang menjalani latihan di perairan Atlantik.
Dilaporkan ia mengalami gangguan yang menyebabkan letupan di dasar laut sehingga mengorbankan 129 kru.
3. Nuklir K-19
K-19 merupakan salah satu dari dua kapal selam berteknologi peluru berpandu nuklear yang dimiliki oleh Soviet Union ketika itu.
Bagaimanapun, Nuklir K-19 sering mengalami gangguang teknikal walaupun semasa pelayaran pertamanya pada 4 Julai 1961.
Ketika K-19 beroperasi di perairan Greenland, mesin pendingin reaktor kapal tidak berjalan dengan baik. Sebilangan juruteknik kapal mengorbankan nyawa mereka untuk menghidupkan enjin dan menyejukkan reaktor. Kira-kira 20 anak kapal dari jumlah keseluruhan 139 mati akibat pendedahan radiasi.
Manakala 117 anak kapal lain menderita penyakit akibat pendedahan kepada tahap radiasi yang tinggi. Tragedi ini juga diabadikan dalam sebuah filem berjudul K-19: The Widowmaker pada tahun 2002.
4. Ming
Pada 2003, China kehilangan 70 pegawai dan tentera lautnya selepas berlaku kemalangan membabitkan kapal selam, Ming-class ketika latihan di bahagian timur pulau Neicchangsan.
Laporan mengatakan kapal selam itu mengalami kerosakan yang menyebabkan ia tenggelam ke dasar laut.
5. San Juan
Pada 15 November 2017, San Juan kapal selam milik tentera Argentina hilang di perairan Atlantik selatan bersama 44 kru.
Satu letupan telah dikesan berdekatan dengan lokasi terakhir kapal selam San Juan namun pada 30 November 2017 operasi cari dan menyelamat telah dihentikan disebabkan krisis kewangan yang melanda Argentina pada ketika itu.
Setahun kemudian, bangkai kapal ditemui (2018) pada kedalaman 900 meter.
Sumber: CNN Indonesia, HM, BH
Trending now



