
Selain Jack Ma, Ini 5 Individu Yang Pernah Hilang Selepas Kritik Kerajaan China
5 Individu Yang Hilang Selepas Kritik Kerajaan China Selain Jack Ma.
Beberapa hari ini kecoh di internet, hartawan dan pengasas Alibaba.com, Jack Ma dilaporkan hilang selepas lebih dua bulan tidak muncul di khalayak ramai.
Ia berikutan selepas Jack Ma mengkritik sistem kewangan China secara terbuka hujung tahun lalu yang mana beliau mendesak supaya kerajaan negara itu melakukan perubahan serta pembaharuan terhadap sistem kewangan republik berkenaan.
Keadaan itu telah mencetuskan spekulasi yang mengatakan jutawan China itu ‘hilang’.
BACA: Misteri Kehilangan Jack Ma Ada Kaitan Dengan Kerajaan China?
Rupanya, Jack Ma bukanlah individu terkenal pertama yang dilaporkan hilang selepas mengkritik kerajaan China.
Berikut merupakan lima individu ternama yang pernah dilaporkan hilang akibat mengkritik China.
1. Ren Zhiqiang
Ren Zhiqiang merupakan seorang taikun China dalam bidang hartanah. Beliau pernah mengkritik kerajaan China kerana gagal menangani wabak COVID-19.
Bagaimanapun teka-teki kehilangannya itu terjawab selepas Beijing mengumumkan telah menahan Ren dan dipenjara selama 18 tahun.
2. Xiao Jianhua
Merupakan seorang pengurus aset dilaporkan telah hilang diculik dari sebuah hotel di Hong Kong pada Januari 2017.
Xiao dikatakan menjadi tahanan kerajaan China dan seluruh syarikatnya Tomorrow Group telah disita.
Beliau juga dituduh mengambil calon pelabur dari Kerajaan China di Bursa Saham China.
3. Xu Zhangrun
Beliau iaah seorang profesor undang-undang telah ditahan di kediamannya di Beijing.
Akses internetnya diputus setelah menulis kritikan terhadap Presiden Xi Jinping dalam menangani pandemik COVID-19.
4. Meng Hongwei
Berbeza dengan Jack Ma, Meng Hongwei ialah seorang bekas Ketua Pengarah Interpol pernah hilang ketika penerbangan dari China ke Perancis pada Semptember 2018.
Kehilangannya terjawab apabila pihak berkuasa China mengumumkan bahawa beliau dipenjarakan selama 13 tahun setengah atas tuduhan rasuah. Bagaimanapun isterinya percaya yang suaminya dipenjara atas alasan politik.
5. Lu Guang
Jika Jack Ma mengkritik kerajaan China melalui kenyataannya, Lu Guan pula mengkritik menerusi kameranya.
Juara pertandingan World Press Photo mengkritik menerusi foto-fotonya yang menggambarkan ketidakseimbangan ekonomi, pencemaran, sosial dan beberapa masalah yang berlaku di China.
Lu Guang mula menghilang pada 3 November 2018 ketika sedang bertugas di Xinjiang.
Dilaporkan bahawa beliau di tahan oleh pihak berkuasa namun keberadaanya masih belum jelas hingga kini.
Pelik dan menghairankan tapi itulah yang berlaku kepada mereka jika lantang mengkritik kerajaan China dan Presiden Xi Jinping.
Sumber: Tempo.co