
Selain Grab Dan Foodpanda, Ini Senarai Pekerjaan Gig Di Malaysia Untuk Anda Jana Pendapatan
Ini Senarai Pekerjaan Gig Di Malaysia Untuk Anda Jana Pendapatan
Selain perkembangan teknologi mengalami revolusi, dunia pekerjaan juga turut terkena tempiasnya.
Menjengah tahun 2020, ekonomi gig mula mendapat tempat malah ribuan sudah mula beralih ke sektor baharu itu yang dilihat mampu menjana lebih pendapatan berbanding beberapa sektor lain.
Penghujung 2020 memaparkan hampir 4 juta tenaga kerja di Malaysia terbentuk daripada sektor ekonomi gig dan peningkatan ini jelas baik untuk pertumbuhan ekonomi negara.
Istilah pekerjaan gigi semakin biasa didengari dalam kalangan rakyat Malaysia. Jika lima tahun dahulu pekerjaan gig dilihat sebagai kerja sampingan, kini ramai mula memasuki sektor ini sebagai pekerjaan hakiki.
Selalunya apabila kita sebut pekerjaan gig, ramai akan terlintas sebagai pemandu Grab atau Foodpanda.
Sebenarnya, ada lebih banyak pilihan pekerjaan ekonomi gig yang ditawarkan di Malaysia mahupun di serata dunia. Cumanya, pekerjaan sebagai pemandu e-hailing yang lebih dikenali.
Seorang pengguna laman sosial Twitter, @JustAkifff berkongsi senarai pekerjaan gig yang boleh diceburi lebih-lebih lagi kepada mereka yang hilang pekerjaan dan mahu mencari duit poket.

Berikut merupakan senarai pekerjaan gig yang boleh anda pilih.
1. Penghantar makanan atau barang/ pemandu
- GrabCar
- Foodpanda
- DeliverEat
- Lalamove
- MakCikTravels (khas untuk wanita)
- Matdespatch
- MyCar
- RidingPink (khas untuk wanita)
- TapauJe
- Thelorry
- Maxim
- Mula
- Teleport AirAsia
2. Freelancer
- 123RF (jual gambar/ video)
- Fiverr (website development/ video marketing/ ilustrasi/ social media marketing)
- Favser (pekerjaan berkaitan digital)
- Freelancer
- Goget
- iStock (jual gambar/ video)
- Kaodim
- ServisHero
- Supahands
- Upwork
- Bateriku (technician)
3. Sosial
- Locum (Freelance sebagai staf medik)
- Teman (Menemani atau menjaga warga emas)
- MyBump Media (tampal pelekat iklan pada kereta)
- Jompaw (jaga haiwan peliharaan)
4. Tutor
5. Perkhidmatan sewa kereta
Atau anda boleh cari pelbagai pilihan pekerjaan dengan lebih mendalam di aplikasi thekedua. Lebih mudah dan cepat.
BACA: Dilema Pilih Bidang Pengajian? Ini Senarai Pekerjaan ‘Hot Demand’ Pada Masa Kini