Kisah Di Sebalik Lagu Empat Dara

Selain ‘Empat Dara 2020’, Ini Versi Lain Yang Anda Boleh Layan Dan Kisah Di Sebalik Lagu

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Versi Lain Yang Anda Boleh Layan Dan Kisah Di Sebalik Lagu Empat Dara

Sejak menjadi tular selepas pelakon, pengacara dan penyanyi Elly Mazlein mendendangkan lagu Empat Dara di laman Instagram miliknya, lagu tradisional ini kembali menjadi perhatian.

Seterusnya meminta pengikutnya kembali menyanyikan lagu itu dengan cara tersendiri untuk memenangi RM 100, ternyata cabaran yang dimulakan Elly atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom ini mendapat sambutan ramai termasuk selebriti.

Tidak melepaskan peluang berada dalam cabaran tular ini penyanyi dan komposer, Faizal Tahir. Menunaikan permintaan ramai untuk lagu ini dinyanyikan semula dua penyanyi ini, syarikat rakaman Faithful Music telah menerbitkan semula Empat Dara 2020.

Diberi nafas baharu oleh tiga penyanyi popular iaitu Faizal Tahir, Zizi Kirana dan Elly sendiri, lagu dan video muzik Empat Dara 2020 kini berada di kedudukan nombor 1 dalam senarai trending YouTube Malaysia dan menerima pujian penonton.

Penyanyi asal lagu empat dara

Empat Dara adalah karya asal oleh Atan Ahmad dan Ahmad Jusoh @ Ahmad Yusoh, seorang penggiat ghazal yang terkenal suatu ketika dahulu manakala versi baharu ini mendapat sentuhan bersama Faizal Tahir, Mage, Mike Chan dan Mambang.

Lagu ini telah dirakamkan oleh Ahmad Jusoh sendiri dan kebiasaannya dinyanyikan oleh penyanyi Ghazal dan pop. Rentak muziknya yang catchy membuatkan ianya sedap di dengar.

Lagu Empat Dara pernah dinyanyikan semula oleh Noranizah Idris, Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini. S. Roziah, Fadzil Ahmad, Siti Nurhaliza dan ramai lagi.

1. Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini

2. S. Radziah & Orkes Gambus Penambang

3. Noraniza Idris

4. Siti Nurhaliza

https://www.youtube.com/watch?v=_wFhEMCt3oc

Kisah di sebalik empat dara duduk di tepi sungai

Menurut sumber, lagu ini mengisahkan empat orang anak dara. Lokasinya di tepi sungai dan Kuala Sungai di bandar Muar.

Pencipta lagu dan penulis lirik dikatakan ketika itu sedang bekerja di Syarikat Feri Penambang Muar, maka tercetuslah melodi lagu empat dara ni.

Pada zaman itu, Ahmad Yusoh juga merupakan jejaka yang tampan dan kacak yang digilai ramai anak dara. Apatah lagi berstatus artis, penyanyi, pemuzik dan pelakon bangsawan.

Dari pengalaman beliau, tercetuslah juga keresahan mencari pasangan hidup kerana terlalu ramai yang memuja dan perlu dipilih yang terbaik.

Kisah Di Sebalik Lagu Empat Dara
Illustrasi oleh Zariq Hanif @ Kertaspapel

“Empat Dara Duduk Di Tepi Sungai, Duduk Menjerat Si ketamlah Batu”

Ketika itu, sungar Muar kalau airnya surut akan kelihatan banyak hidupan laut seperti ketam, kupang, tiram, kerang, udang galah, belangkas dan lain-lain. Beliau berkias apa yang sedang dilakukan oleh empat orang gadis (anak dara) dulu-dulu di Muar.

“Manis Rupa Hai Elok Perangai Sukar, Dipilih Yang Manalah Satu”

Nak memilih pasangan yang terbaik memanglah sukar. Mana tahu di sebalik wajah yang cantik, ada budi pekerti yang elok.

Empat Dara Berpakaian Sedondon
Berbaju Putih Berkainlah Biru
Pandai Mengarang Seloka Dan Pantun
Sekali Pandang Rasa Tak Jemu

Ada juga versi yang lain namun apa yang diharapkan, lirik lagu empat dara ini boleh menjadi ikutan gadis melayu sekarang yang masih mempunyai ciri ciri kemelayuan dengan sifat sopan santun dan baik budi pekerti.

Walaupun ketika ini lagu irama Melayu Asli agak kurang mendapat sambutan, nampaknya perkembangan terbaharu ini menunjukkan sebaliknya.

Sumber: Utusan, Mat Godak