letupan ammonium nitrat

Selain Beirut, Ini Lima Tragedi Besar Akibat Letupan Ammonium Nitrat

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kejadian letupan besar yang telah memusnahkan keseluruhan Pelabuhan Beirut telah menggemparkan dunia yan turut menggegarkan bangunan serta menyebabkan kerosakan di seluruh ibu kita Lubnan itu.

Beirut diisytihar darurat selama dua minggu sementara angka rasmi mangsa maut akibat insiden itu kini melepasi 135 orang manakala lebih 4,000 lagi cedera.

BACA: Gabenor Sifatkan Letupan Di Beirut Seperti Pengeboman Hiroshima Dan Nagasaki

Maklumat awal mendapati ammonium nitrat yang disimpan sejak 2014 di gudang 12 di pelabuhan itu mungkin menyebabkan letupan. Kabinet memutuskan untuk menahan pegawai pelabuhan yang terlibat dalam penyimpanan 2,700 tan ammonium nitrat itu.

Selain tragedi di Lebanon ini, berikut adalah lima lagi tragedi letupan akibat bahan yang sama pernah berlaku dibeberapa negara lain di seluruh dunia.

1. Letupan Great Kent, UK (1916)

letupan ammonium nitrat
Sumber: BBC

Kejadian berlaku di sebuah kilang yang menyimpan 25 tan bahan letupan TNT, dan 700 tan ammonium nitrat di Faversham, United Kingdom, yang telah menyebabkan kebakaran dan meletup.

Tragedi itu telah mengorbankan 115 pekerja, yang kesemuanya adalah lelaki dan kanak-kanak lelaki. Tujuh mayat gagal dikesan.

Kesan letupan itu dapat dirasai sehingga ke Norwich, yang terletak 244 kilometer jauhnya dari tempat kejadian.

2. Letupan Oppau, Jerman (1921)

letupan ammonium nitrat

Pada 21 September 1921, sebuah menara silo yang menyimpan 450 tan ammonium sulfate dan baja ammonium nitrate telah meletup, mengakibatkan 500 hingga 600 orang terkorban, dan sekitar 2,000 lagi tercedera.

Letupan itu dapat dirasai berbatu-batu jauh, sehingga mencecah bandar Frankfurt.

3. Tregadi Bandar Texas (1947)

letupan ammonium nitrat

Dianggap tragedi industri paling buruk dalam sejarah Amerika Syarikat, berlaku di Teluk Galveston yang terletak di Pelabuhan Bandar Texas pada April 1947.

Dikatakan bermula apabila seorang individu terbuang puntung rokok yang masih menyala di atas kapal SS Grandcamp, yang sedang mengangkut 2.3 tan ammonium nitrat.

Letupan pertama mengakibatkan beberapa siri letupan susulan di atas kapal lain yang sedang berlabuh, dan merebak ke sebuah loji pemprosesan minyak berhampiran. Tragedi itu mengakibatkan 581 orang terkorban, dan sekitar 3,500 lagi tercedera.

4. Tragedi Ryongchon, Korea Utara (2004)

letupan ammonium nitrat

Beberapa kenderaan yang membawa baja nitrogen serta kereta api yang membawa cecair bahan api telah meletup di stesen keretapi Ryongchon pada April 2014. Kejadian ini mengakibatkan 162 orang terkorban dan lebih 3,000 orang cedera.

Media membuat spekulasi bahawa letupan itu merupakan perancangan untuk membunuh pemimpin Korea Utara ketika itu iaitu Kim Jong-il, yang mana keretapi yang beliau naiki sepatutnya melalui stesen itu ketika kejadian berlaku.

5. Letupan gudang barang di Tianjin, China (2015)

letupan ammonium nitrat

Dua letupan besar terjadi di gudang yang terletak di bandar pelabuhan Tianjin, dan disusuli kebakaran besar pada Ogos, 2015 yang dilaporkan berpunca daripada bahan mudah terbakar seperti ammonium nitrat dan sodium cyanide.

Kejadian itu mengakibatkan 110 anggota kecemasan, 55 penghuni dan pekerja telah terkorban. Selain itu 790 orang awam dilaporkan tercedera, manakala lapan mayat gagal ditemui sehingga ke hari ini.

Sumber: Sputnik News