
Sekurangnya 100,000 Rakyat Malaysia Berisiko Hilang Pekerjaan Sekiranya COVID-19 Berterusan
Sekiranya wabak koronavirus masih beterusan sehingga akhir tahun, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menjangkakan sekitar sekurangnya 100,000 rakyat Malaysia berisiko untuk hilang pekerjaan mereka.
Ini kerana jumlah pekerja yang diberhentikan akibat daripada impak ekonomi daripada virus korona boleh menjadi dua kali ganda daripada 40,000 orang yang hilang pekerjaan pada tahun lalu.
BACA: Boleh Bertahan Hingga 9 Hari Jadi Punca Koronavirus Menular Dengan Cepat
Terlalu banyak syarikat yang terjejas sehinggakan ada diantaranya yang mengalami pengurangan pendapatan sehingga 50% berbanding kadar keuntungan biasa.

Aktiviti perniagaan di China yang terjejas (lambat) berikutan sesetengah bandar ditutup menyebabkan ramai rakan perdagangan China di luar China turut mengalami kesannya.
BACA: Koronavirus: Siapa Yang Untung, Siapa Yang Rugi?
Perkara ini amatlah membimbangkan. Ini kerana menurut Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, Datuk Abdul Halim Mansor memberitahu MEF pernah meramalkan sekurangnya 30,000 hingga 40,000 akan kehilangan pekerjaan dan ianya benar-benar berlaku.
Sekiranya ramalan MEF kali ini benar-benar berlaku sekali lagi, yang paling terjejas teruk adalah pekerja Malaysia kerana majoriti majikan akan mengekalkan pekerja asing berikutan harga yang lebih ‘murah’.
Sekiranya ini berterusan, maka akan berlakukan peningkatan mendadak pada jumlah pengangguran di Malaysia. Bukan hanya pada pekerja di Malaysia, malah satu dunia mengalami hal yang sama ini.
Sumber: The Star