
Sekurangnya 1,000 Pelarian Rohigya Terkandas Di Laut Selepas Negara Asia Tenggara Tutup Sempadan
Sekurangnya 1,000 pelarian Rohingya terkandas di laut selepas negara-negara di Asia Tenggara menutup pintu sempadan mereka daripada dimasuki kumpulan ini.
Tindakan yang dibuat demi keselamatan negara susulan daripada penularan wabak pandemik ini dilihat sebagai tidak berperikemanusiaan oleh beberapa kumpulan hak asasi manusia.
BACA: Isu Pelarian Rohingya: Jangan Sampai Tragedi Pulau Bidong, Terengganu Berulang
Malah Malaysia sendiri pernah menjadi sasaran untuk diletakkan kesalahan apabila media antarabangsa, AJPlus yang bernaung di bawah Al-Jazeera menyalahkan Malaysia kerana tidak menerima kumpulan ini.
Menimbulkan pelbagai isu sehingga wujudnya sentimen anti-Rohingya di laman media sosial, rakyat Malaysia meluahkan rasa tidak puas hati mereka dan menyifatkan kumpulan ini sebagai kaduk naik junjung selepas dunia seakan meletakkan tanggungjawab pelarian Rohingya ini kepada Malaysia sahaja, eskipun Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang kuat mempertahankan kumpulan ini daripada ditindas.
Isu kekejaman Myanmar terhadap etnik Rohingya bukanlah sesuatu yang baharu dan menjadi rahsia lagi di dunia.
BACA: Isu Pelarian Rohingya: Pilihan Atas Dasar Kemanusiaan Atau Keselamatan Negara?
Dilayan tanpa hak seperti manusia bebas, etnik Rohingya berdepan dengan pelbagai ancaman daripada kerajaan Myanmar bukan sahaja daripada segi tempat tinggal tetapi juga maruah diri.
Berlakunya penghapusan etnik secara besar-besaran menjadikan mereka terpaksa melarikan diri dari kampung halaman dan mempertaruhkan nyawa untuk segala kemungkinan.
BACA: Terkandas Dua Bulan Di Laut, 32 Pelarian Rohingya Mati Kelaparan Atas Bot Ke Malaysia
Pertengahan April lalu, media melaporkan sekurangnya seramai 32 pelarian Rohingya maut dalam sebuah bot yang sarat dengan ratusan orang terkandas di Teluk Benggala selama lebih 2 bulan dipercayai kerana kelaparan yang kemudiannya diselamatkan oleh pegawai pantai Bangladesh.
Sumber: FMT
NOTA:
Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.
Jika anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.
Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.