
Sekolah Vernakular: Timbalan Menteri Pendidikan Minta Pemohon Berhenti Cabar Kewujudannya
Awal Oktober lalu, Kongres Maruah Melayu telah membangkitkan isu penghapusan sekolah vernakular secara berperingkat sehingga 2026 dan memperkasakan sekolah kebangsaan kerana dikatakan sebagai tidak memupuk perpaduan yang sepatutnya ada di Malaysia.
Susulan dengan pengumuman intipati Belanjawan 2020 yang memperuntukkan RM127 juta kepada sekolah vernakular, satu notis difailkan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada akhir Oktober lalu oleh peguam, Mohd Khairul Azam yang mendakwa parlimen tidak mempunyai kuasa memberi budi bicara ( Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan) kepada Menteri Pendidikan untuk menubuhkan Sekolah Rendah Jenis Cina (SKJC) dan Sekolah Rendah Jenis Tamil (SKJT).
Beliau yang memohon satu perintah deklarasi menerusi Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co bahawa parlimen tidak mempunyai kuasa untuk membuat Seksyen 28 dan Seksyen 17 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) berhubung persoalan sama ada Menteri Pendidikan mempunyai kuasa untuk menubuhkan sekolah vernakular termasuk memberi peruntukan jutaan ringgit tersebut.
Walau bagaimanapun, permohonan beliau untuk mencabar dari segi perlembagaan kewujudan sekolah vernakular dengan menamakan kerajaan Malaysia dan Menteri Pendidikan sebagai responden kemudiannya ditolak oleh Hakim Besar Malaya, Azahar Mohamed.
Menurut penegasan yang dibuat oleh Azahar, Parlimen menggubal undang-undang berkaitan pendidikan dan perkara yang berhubung dengannya dan perkara yang dikemukakan oleh Mohd Khairul perlu dimulakan di Mahkamah Tinggi yang lebih kompeten untuk mendengar cabaran tersebut.
Susulan dengan kegagalan tersebut, peguam, Shaharudin Ali yang yang mewakili Mohd Khairul memberitahu media bahawa pihak mereka akan memfailkan usul baharu berhubung isu tersebut di Mahkamah Tinggi selepas ini.
Bagi Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, kewujudan sekolah vernakular sepatutnya menjadi aset penting kepada negara yang menonjolkan keunikan Malaysia yang perlu dipertahankan oleh semua rakyat tanpa mengira kaum dan etnik.
Beliau juga memuji Pejabat Peguam Negara yang membela sekolah vernakular dan meminta agar tindakan mencabar kewujudan sekolah vernakular dihentikan pemohon.
Sumber: Harian Metro, Sinar Harian, Berita Harian
Dalam banyak-banyak filem P. Ramlee, mana satu yang paling kau orang ingat.
Babak Epik Filem-Filem P. Ramlee
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.