
Sekolah Pondok Bakal Jadi Produk Pelancongan Negara
Malaysia kini berkongsi kedudukan dengan Indonesia dan antara usaha dilakukan adalah meningkatkan produk pelancongan yang ada dalam negara seperti makanan halal, lokasi menarik dan mempromosikannya kepada pelancong luar.
Terkini, pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sedang merangka pelbagai inisiatif dan srategi untuk dijadikan sekolah pondok sebagai salah satu produk pelancongan baharu negara.
Menterinya, Mohamaddin Ketapi berkata sekolah pondok yang terpilih akan dipromosikan sebagai produk pelancongan pendidikan selain mengiktiraf premis penginapan pelancongan mesra Muslim bagi memperkasakan industri pelancongan Islam.

Dengan itu, sekolah pondok yang terpilih akan menerima pelajar dari luar negara untuk jangka masa panjang atau pendek dan boleh menyediakan penginapan serta sukatan pelajaran tertentu yang boleh dipakejkan sebagai satu produk.
Sementara itu, sebanyak lima masjid di Malaysia dinobatkan sebagai Top 10 Best Landmark in Malaysia di bawah anugerah TripAdvisor Traveller’s Choice Awards sejak tahun 2016 sehingga kini, antaranya Masjid Negara di Kuala Lumpur, Masjid Putra (Putrajaya) dan Masjid Selat Melaka (Melaka).
Sumber: Awani
Ada yang pernah main permainan video ini?
SEKIRO : Shadows Die Twies (2019)
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.