Tandas Sekolah Caj 20 Sen 1

Sekolah Batal Caj Masuk Tandas 20 Sen Kepada Pelajar Dan Penjaga Selepas ‘Ditegur’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sekolah batal caj masuk tandas 20 sen kepada pelajar.

Demi membanteras vandelisme dan menjaga kebersihan, sebuah sekolah menengah di Kota Belut mengenakan caj 20 sen kepada pelajar untuk masuk ke tandas.

BACA: Tonton Video Pendapat Gadis Jepun Ini Tentang Malaysia Terutama Mengenai Tandas

Surat yang dikeluarkan oleh Pengetua SMK Narinang pada 2 Mac lalu kemudiannya dikongsi secara meluas di aplikasi WhatsApp sebelum mendapat perhatian daripada Pengarah Pendidikan Sabah, Mistrine Radin.

Sekolah batal caj.

Caj yang dibuat oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang turut tidak mengecualikan penjaga itu kemudiannya dibatalkan selepas mendapat teguran daripada pegawai pendidikan Kota Belud.

Tandas Sekolah Caj 20 Sen
Sumber: SK Mata Ayer

Menurut Mistrine, sekolah disediakan perkhidmatan pembersihan umum dan kontraktor yang dilantik yang bertanggungjawab menjaga kebersihan tandas. Namun dalam masa yang sama, sekolah perlu memupuk budaya penggunaan kemudahan dan penjagaan kebersihan umum kepada pelajar.

Sebelum ini pada 2016, sebuah sekolah di Pulau Pinang pernah tular dan menerima kecaman hebat selepas mengenakan caj 30 sen untuk ke tandas.

Sekolah merupakan satu institusi pendidikan yang berfungsi sebagai sistem sosial, satu organisasi, agen perubahan sosial dan agen mobiliti sosial yang mendidik anggota masyarakat agar benar-benar menyumbang kepada masyarakat.

Berfungsi kepada masyarakat, komuniti dan pelajar, sekolah sebagai sistem sosial memerlukan kakitangan yang menyumbang dalam mencapai matlamatnya.

Menjalankan aktiviti yang mempunyai objektif yang akan membawa kepada pencapaian matlaat, kesemua daripadanya akan menekankan kepada hasil akhir iaitu pelajar menjadi insan yang berpengetahuan, berakhlak mulia dan menguasai kemahiran yang dapat menyesuaikan diri mereka dalam masyarakat pada masa akan datang.

Pendidikan merupakan unsur terpenting dalam pembangunan masyarakat namun boleh berubah mengikut pada peredaran zaman, tujuan dan tugas, seperti yang boleh dilihat pada pendidikan zaman primitif dan zaman moden.

Walaupun berbeza, kesemua zaman mempunyai matlamat yang sama, memajukan masyarakat seterusnya membawa kepada kemajuan negara.

Sumber: FMT