Sekolah Agama

Sekolah Agama KAFA vs Sekolah Agama Swasta: Faktor Yang Perlu Ibu Bapa Pertimbangkan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ramai golongan ibu bapa masih lagi tidak pasti mengenai pemilihan sekolah agama untuk anak mereka yang bakal memasuki alam persekolahan tidak lama lagi.

Sekolah Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) atau sekolah agama swasta? Yang mana satu nak pilih nanti, ya?

Jangan risau. Berikut merupakan panduan yang sangat bermanfaat untuk ibu bapa semua pertimbangkan.

Perkongsian ini dibuat oleh Puan Aziera Ismail di Facebooknya yang menyenaraikan 3 faktor utama yang wajar diberikan perhatian oleh semua ibu bapa.

Jom sama-sama kita baca dan pertimbangkan.

Sekolah Agama

Sekolah kebangsaan + sekolah agama (kafa) vs sekolah agama swasta

Kebanyakan parent yang anak sulung akan masuk darjah satu akan tanya soalan ni, macam mana nak uruskan sekolah anak bila dua dua parent kerja. Dilema sangat soal pemilihan sekolah ni, bukan ambik kira faktor kewangan semata, tapi banyak faktor lain.

Setelah buat kira-kira tambah tolak semua faktor, kami decide untuk hantar sekolah agama swasta. Antara faktor yang kami discuss:

1) Mobility

Masa first anak masuk darjah 1, saya dan suami dua-dua kerja jauh dari rumah. Suami paling cepat sejam perjalanan sehala, saya sejam pergi, 2 jam balik kerja. Pukul 7 selalunya kami dua sampai ke rumah. So, jadi isu pukul berapa nak hantar anak ke sekolah, pukul berapa nak pick up.

Option lain, kena ambik transport ke sekolah, then dari sekolah ke transit, dari transit ke sekolah KAFA. Balik dari KAFA, anak nak stay mana pulak sementara menunggu kami sampai. Nak bukak kunci rumah, umur 7 tahun tu kitorang tak berapa yakin nak biar dia sendiri. Fikir safety pulak.

2) Pengurusan diri

Tak sure lah saya je ke yang paranoid bab ni😅. Mungkin sebab tengok anak sendiri macam mana, rasa tak yakin nak biar dia pergi transit tengah hari, nak tukar baju etc kat situ.

Pagi kena prepare 2 beg sekolah. Anak kena bawak baju sekolah KAFA terus. Ni fenomena yang saya tengok pagi-pagi kat lif. Beg depan belakang, 1 tangan lagi pegang baju.

Kitorang pergi survey transit yang paling dekat dengan sekolah kebangsaan + sekolah KAFA masa tu. Mashaallah crowded sangat. Tak tahulah berapa kali episod hilang barang, tertukar kasut, baju kalau macam tu.

Saya duk fikir macam mana dia mandi, tukar baju etc tu. Masa transit pendek, student ramai. Dia jenis yang tak reti nak berebut. Duk beratur kat situlah tunggu turn. Tengok-tengok kena tinggal je nanti dengan van sekolah. Macam-macam saya fikir.

3) Kewangan

Memang tak dinafikan, kalau hantar ke sekolah agama swasta, belanja besar. RM430 sebulan per head termasuk mengaji. Tapi tak payah risau pasal makan. Dia sempat beratur beli makanan ke, dia beli jajan ke beli apa. Confirm dia makan apa yang sekolah sediakan. All in breakfast, lunch, minum petang. Saya bagi duit belanja RM1 pun kadang seminggu masih tak berusik.

Kalau Sekolah Kebangsaan + Sekolah KAFA, yuran rendah. Tapi.. kena tambah kos transport dari rumah ke Sekolah Kebangsaan, dari Sekolah Kebangsaan ke transit, dari transit ke Sekolah KAFA, dari KAFA ke rumah. Masa tu saya survey, anggaran kos RM200+.

Tak termasuk kos bayar transit RM100+ dan yuran bulanan sekolah agama RM25+. Ni kat Sungai Buloh.

Duit belanja biasa parent bagi berapa RM setiap hari? RM5 cukup ke tak ya?

Katakan duit poket RM5 x 22 hari = RM110.

Overall kos (anggaran) kalau Sekolah Kebangsaan + Sekolah KAFA = RM435

So, tambah tolak, lebih kurang jela kos sebulan. Kami decide untuk hantar sekolah agama swasta demi ‘kesejahteraan’ semua. Mak ayah tak risau, anak tak pening. 7am – 5pm. Tak payah pagi-pagi kejar van sekolah, bawak dua beg, 2 hanger baju tukar.

Kos berbeza mengikut tempat. Situasi semua orang tak sama. Ada yang tempat kerja, rumah, sekolah dekat. So tak da isu nak kena add on kos transport, transit. Ada yang nature kerja dia flexible, boleh keluar tengah hari hantar ambik anak ke sekolah. Tak perlu hantar transit.

Kat Kelantan contohnya, KAFA wajib. Pagi Sekolah Kebangsaan, petang belajar KAFA di sekolah yang sama. Tak da kena tukar baju, tukar sekolah.

Apa pun pilihan yang kita buat, kita je tahu apa yang terbaik. Jangan lah simply judge orang hantar anak sekolah private berlagak kaya lah, bajet bagus lah sekolah swasta..😅

BACA: Ramai Terkejut Tengok Silibus Budak Darjah 1, Ustazah Sendiri Pun ‘Surrender’

Sumber: Aziera Ismail