Sekatan Perjalanan PTPTN

Sekatan Perjalanan PTPTN Hanya Cadangan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

16 Mei lalu, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengumumkan bahawa kemungkinan mereka akan memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam yang gagal membayar balik pinjaman.

Keputusan sekatan itu hanya akan dibuat jika ianya dimahukan oleh orang ramai. PTPTN masih lagi dalam proses melihat beberapa cadangan lain untuk mengutip baki pinjaman pendidikan yang masih belum ditunaikan peminjam.

PTPTN
Sumber: The Star

Namun sekatan perjalanan itu cumalah cadangan yang dikemukan dalam proses konsultansi awam. Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik berkata perancangan tersebut tidak akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Pihak PTPTN memberitahu bahawa yang mereka inginkan buat masa sekarang ialah konsultasi awam iaitu pandangan orang ramai terhadap beberapa perkara. Dr Maslee Malik memberitahu bahawa salah faham yang berlaku adalah berikutan tiada penjelasan lanjut daripada pihak PTPTN kepada media.

Pandangan anda, sokong atau tidak?

Sumber: Berita Harian

Seniman yang paling dirindui.

P. RAMLEE : Seniman Tanah Air Tiada Ganti

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.