Sejarah Sambutan Aidilfitri Awal Sehari Di Perak Dan Johor 1

Sejarah Sambutan Aidilfitri Awal Sehari Di Perak Dan Johor 37 Tahun Dahulu

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tahukah anda, Perak dan Johor pernah mempunyai sejarah sambutan Aidilfitri awal sehari dari negeri-negeri lain di Malaysia?

BACA: Sejarah Di Sebalik Hari Pekerja Yang Tidak Sama Seperti Kita Fikirkan

Hari Raya Aidilfitri yang ditentukan menerusi dua kaedah iaitu sama ada dengan melihat anak bulan atau pun secara kiraan. Apabila anak bulan kelihatan, ianya menandakan bahawa permulaan bulan yang baharu.

Berlaku pada tahun 1983, sejarah sambutan Aidilfitri ini terjadi semasa pemerintahan Almarhum Sultan Idris Shah. Sekumpulan nelayan yang baru sahaja pulang dari laut mendakwa telah ternampak anak bulan dan berita itu segera disampaikan kepada penduduk.

Sejarah Sambutan Aidilfitri Awal Sehari Di Perak Dan Johor
Sumber: Orang Perak

Lebih menguatkan dakwaan tersebut, pasukan tentera laut yang menjaga perairan negara turut mengesahkan perkara yang sama.

BACA: Kompilasi Iklan Raya 2020, Biarpun Sedikit Berbeza #RayaTetapRaya

Berita ini kemudiaannya telah sampai ke pengetahuan Mufti yang kemudiannya dimaklumkan kepada Tuanku Sultan. Tuanku Sultan kemudiannya telah berkenan untuk bertitah mengisytiharkan sambutan Hari Raya pada keesokan harinya. Sama seperti yang berlaku di Johor.

Disebabkan yakin bahawa anak bulan yang dilihat adalah sahih, maka sambutan Hari Raya Aidilfitri awal sehari itu diumumkan oleh Jabatan Penerangan dan pihak polis menggunakan pembesar suara ke seluruh pelusuk negeri.

Situasi berkenaan telah menyebabkan berlakunya kekecohan terutamanya di kawasan sempadan negeri. Akhirnya sejarah terukir pada 12 Jun 1983 yang mana Perak dan Johor menyambut Hari Raya Aidilfitri awal sehari dari negeri-negeri lain dan sama dengan negara lain seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Namun kini, kekeliruan tidak lagi berlaku kerana tugas melihat atau mencerap anak bulan terletak pada pihak bertanggungjawab dan diisytiharkan di bawah bidang kuasa Majlis Raja-Raja.

Sumber: Orang Perak