
Sejarah ‘Lif Maut’ Tanpa Pintu Yang Pernah Digunakan Di Hospital Kuala Lumpur
Sejarah lif maut tanpa pintu yang pernah digunakan di Hospital Kuala Lumpur.
Tahukah anda, Hospital Kuala Lumpur (HKL) pernah menggunakan sistem lif yang digelar sebagai ‘lif maut’?
Untuk pengetahuan anda, lif yang dinamakan sebagai Paternoster ini merupakan lif yang membolehkan penumpang naik dan turun dengan kejauan 0.3 meter sesaat.
BACA: Di Sebalik Kisah Sungai Yang Hanya Dibenarkan Mandi Tanpa Rendam Kepala
Lif Paternoster ini akan bergerak sepanjang masa dan hanya digunakan penumpang yang berani sahaja. Disebabkan terlalu bahaya, pemasangan lif ini kebanyakannya dihentikan sekitar tahun 1970-an hingga 1990-an.
Namun ada beberapa yang masih digunakan dan berfungsi dan kebanyakannya berada di negara Eropah seperti di Jerman.
230 buah di Jerman, 68 di Czech Republic dan tiga buah lagi masing-masing di Malaysia, Sri Lanka dan Peru.
Di HKL, sejarah lif maut yang dikenali sebagai lif Paternoster ini digunakan sejak tahun 1967 sebelum digantikan dengan lif konvesional pada tahun 2007.
Biarpun kedengaran macam seronok dan mencabar, lif yang pada awalnya dipanggil sebagai Cyclic Elevator ini dibina pada tahun 1884 oleh syarikat kejuruteraan Dartford, England J&E Hall Ltd.

Namun sebenarnya sejak dari tahun 1868 lagi lif ini sudah wujud iaitu di Oriel Chambers, Liverpool dan pada tahun 1876 di pejabat pos London sebagai pengangkutan bungkusan.
Pada tahun 1877 barulah seorang jurutera British mendapatkan patenpertama untuk lif Paternoster sebelum dibina secara rasmi oleh England J&E Hall Ltd.

Antara tahun 1970 hingga 1993, lima orang dilaporkan sudah terkorban gara-gara menggunakan lif ini.
Pada April 2006, syarikat Hitachi mengumumkan rancangan mereka untuk menggantikan lif Paternoster dengan lif yang lebih moden; menggunakan sistem pengendalian komputer bagi jaminan keselamatan yang lebih baik.