
Sejarah Kotak Dybbuk Dan Bagaimana Ia Boleh Dijual Secara Meluas
Anda tahu tentang sejarah kotak dybbuk?
Beberapa hari belakangan ini, video yang dimuat naik seorang YouTuber, PrinceMeed LIVE! menyebabkan kewujudan kotak Dybbuk kembali popular.
Biarpun ada yang menyatakan kotak Dybbuk ini adalah palsu, video yang memuat naik berkenaan kotak berhantu ini pastinya mendapat jumlah tontonan tinggi gara-gara rasa ingin tahu penonton.
Terma kotak Dybbuk pertama kali dicipta dan digunakan oleh seorang lelaki, Kevin Mannis bagi merujuk kepada kabinet wain dalam pembidaan di eBay yang mana subjek kepada kisah sebenar adalah menjelaskan mengenai aktiviti paranormal yang mempunyai kaitan dengan kotak tersebut.
Menurut Kevin, kotak wain tersebut dibeli dalam satu penjualan hartanah pada tahun 2001 yang dimiliki oleh Havaleh, seorang mangsa tragedi pembunuhan beramai-ramai di Poland yang terselamat dan berjaya melarikan diri ke Sepanyol.
Kotak yang dibeli semasa di Sepanyol sebelum berpindah ke Amerika Syarikat itu kemudiannya menerima tawaran daripada Kevin untuk dibeli. Namun keluarga Havaleh mendesak untuk beliau ambil sahaja kerana pihak keluarga enggan menyimpannya.
Menurut cucu Havaleh, kotak tersebut hanya disimpan dalam bilik menjahit neneknya dan tidak pernah dibuka kerana di dalamnya ada dybbuk; roh jahat yang dipercayai milik orang yang sudah meninggal dunia dalam mitologi Yahudi.
Selepas dibuka, Kevin mendapati di dalam kotak tersebut ada dua wang dari tahun 1920-an, satu ikat rambut dengan kunci, patung kecil bertulis perkataan Ibrani ‘shalom’, satu putik mawar kering, sebuah piala kecil dan satu bekas lilin berkaki empat.
BACA: 5 Filem Paling Seram Di Dunia Yang Boleh Buat Anda Tak Senang Duduk
Kevin kemudiannya berkongsikan bahawa selepas membuka kotak tersebut, beliau mengalami mimpi ngeri aneh dan kejadian tersebut turut berlaku kepada mereka yang menyertai dan memegang kotak berkenaan.
Malah ibu Kevin turut dilaporkan terkena strok dalam hari sama selepas beliau menghadiahkan kotak tersebut kepada ibunya sebagai hadiah hari lahirnya.
Ada beberapa kisah seram lain yang dikatakan berpunca daripada kotak tersebut. Dengan pengalaman tersebut, Kevin menulis kisah seram yang dilaluinya untuk tatapan umum dan menyebabkan konsep kotak dybbuk ini menjadi popular sehingga dijadikan sebagai salah satu perniagaan (bukan kotak asli).
Orang terakhir yang memegang kotak ini ialah Pengarah Muzium Perubatan Osteopati, Jason Haxton yang membelinya dari seorang pelajar, Iosif Neitzke yang mendakwa kotak berkenaan menjadi punca rambutnya gugur dan lampu rumahnya terbakar.
Dalah satu buku tulisan Jason, The Dibbux Bos, Jason mendakwa beliau mengalami masalah kesihatan aneh termasuklah gatal-gatal dan batuk berdarah sehingga terpaksa mendapatkan rawatan untuk mengunci dybbuk ke dalam kotak itu semula.
Selepas rawatannya berjaya, Jason mendermakan kotak dybbuk berkenaan kepada Zak Bagans dari Ghost Adventures untuk dipamerkan ke muziumnya.
Mengambil inspirasi daripada kisah seram ini, Ghost House Pictures dan North Box Productions akhirnya mengahsilkan sebuah filem bertajuk The Possession pada tahun 2012.
Sumber: