
Sejarah Bantahan Dong Zong 1961 Bawa Kepada Pelucutan Warganegara Pengasasnya
Masih lagi belum reda isu pengenalan khat Jawi tiga halaman dalam silibus Bahasa Melayu di sekolah vernakular, Persatuan Dong Zong tegas menyatakan bantahan mereka sehingga disifatkan sebagai rasis oleh Perdana Menteri, Tun Mahathir.
BACA: Golongan ‘Jawiphobia’ Perlu Sedar Pengenalan Khat Jawi Bukan Proses Islamisasi
Persatuan Dong Zong ditubuhkan dengan tekad mahu “memelihara kebudayaan dan pendidikan Cina serta bekerjasama dengan kerajaan bagi memajukan lagi pendidikan Cina selain daripada menyelesaikan masalah-masalah melibatkan pendidikan Cina”.

Terkenal dengan persatuan yang berbaur perkauman yang memperjuangkan pendidikan bahasa Cina di Malaysia, Dong Zong ditubuhkan sebelum Kemerdekaan Malaysia (22 Ogos 1954) oleh Lim Lian Geok, generasi pertama masyarakat Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu.
Jika anda rasa isu Jawi ini isu besar yang dibantah Dong Zong, maka anda adalah salah. Tahukah anda pada tahun 1961, Persatuan Dong Zong telah membantah keras Perkara 21(2) yang memberi kuasa kepada Menteri Pendidikan, Abdul Rahman Talib pada ketika itu untuk menukar mana-mana SRJKC menjadi sekolah kebangsaan sepenuhnya.
Pada ketika Abdul Rahman Talib berjaya memujuk 53 buah Lembaga Pengelola SMPC (Sekolah Menengah Persendirian Cina) kepada SMJKC dan hanya 16 buah SMPC sahaja yang bertegas menolak tawaran beliau.
Sekolah persendirian Cina yang pertama bersetuju menjadi SMJKC ialah Penang Chung Ling High School. Pengetua Chung Ling High School, Wang Yoon Nien dan Pengerusi Lembaga Pengelola, Ong Keng Seng selain daripada AJK Laporan Rahman Talib, Leong Yew Koh dan Ong Yoke Lin digelar sebagai pengkhianat besar pendidikan Cina oleh para pemimpin dan penyokong Dong Zong di seluruh negara.
Akibat daripada bantahan tersebut, Lim Lian Geok telah dilucutkan kewarganegaraan Malaysia pada 19 Ogos 1961 oleh kerajaan kerana membantah keputusan Laporan Pelajaran Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961. Manakala penasihat Dong Zong, Yan Yuan Zhang yang menetap di Singapura telah diharamkan untuk masuk ke Tanah Melayu oleh kerajaan.
Laporan Rahman Talib berjaya dihasilkan bagi mengukuhkan Laporan Pelajaran Razak 1956 yang dikatakan dibuat dalam keadaan tergesa-gesa kerana mahu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Manakala Akta Pelajaran 1961 pula mampu mengawal selia sekolah vernakular yang menjadi punca kepada bantahan keras Dong Zong kepada kerajaan pada ketika itu.
Ketegasan Abdul Rahman Talib dalam menegakkan sistem pendidikan pada ketika itu menyebabkan Dong Zong terpaksa mengalah dengan keputusan kerajaan.
Sumber: Minda Rakyat, Malaysia Today
Makin banyaklah peluang pekerjaan dengan adanya JStarS Group dan KOLS.
JStarS Group and KOLS : Grand Launch
dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.