Foto Editor Odisi

Sejak 42 Tahun Yang Lalu Sampai Sekarang Pun Tak Habis-Habis Lagi Bincang Isu Berat Beg Murid Sekolah. Mana Silapnya?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kebelakangan ini, isu berat beg murid sekolah kembali dibincang secara hangat di portal-portal berita dan platform media sosial di seluruh negara.

Portal Majoriti melaporkan, seorang murid sekolah rendah darjah 2 terpaksa memikul beg seberat 6 ke 7 kilogram setiap hari.

Ibu bapa yang turut membuat hantaran di Facebook juga risau mengenai berat beg sekolah anak mereka yang diumpamakan seperti berat 10 kilogram beras setelah dimasukkan sekali dengan botol air dan bekal makanan.

Apa yang lebih menyedihkan, berat badan kanak-kanak ini hanyalah sekitar 20 kilogram dan walaupun bertubuh kecil, ada di antara mereka terpaksa memikul beban beg ini untuk menaiki tangga sehingga ke tingkat 3 setiap hari.

Personaliti pendidikan popular Mohd Fadli Salleh, sebelum ini pernah menyuarakan pendapatnya untuk menghentikan saja pinjaman buku teks dan letakkan sahaja buku milik sekolah tersebut di dalam kelas.

Menurutnya lagi, langkah menyediakan lokar dan almari untuk murid tinggalkan buku di dalam kelas tidak berjaya kerana tidak semua orang mampu membayar sewa sampai lebih RM100 setahun.

Baru-baru ini, beliau sekali lagi membuat hantaran mengenai isu ini di Facebooknya. Beliau turut menekankan 4 langkah yang dilihat wajar dilaksanakan bagi menyelesaikan isu ini yang berlarutan sejak tahun 1980 lagi!

Tangkap layar dari Facebook Mohd Fadli Salleh
– Tangkap layar dari Facebook Mohd Fadli Salleh

Sempat tengok siaran ulangan isu beg berat di TV Al Hijrah tadi. Cuma nak tergelak bila ada panel kaitkan punca isu beg berat kerana kelas KAFA atau kelas agama.

Katanya, jika hanya bawa buku kelas aliran perdana, tak timbul isu beg berat. 😂

Finaz steady sungguh. Bawa beg, buku dan penimbang timbang depan mata. Ni tidak termasuk buku aktiviti dan bekal makanan pun dah berat 2.7kg.

Bila tambah buku aktiviti dan bekal makanan, biasannya berat beg akan mencecah antara 4kg – 7kg. Tu berat solid beg untuk kelas aliran perdana sahaja. Tak termasuk kelas KAFA atau kelas agama.

Katakan purata berat beg 5kg. Berat badan ideal murid untuk pikul berat beg 5kg sekitar 45kg – 50kg. Anak-anak kita darjah 1 darjah 2 ni berat badan sekitar 15kg – 30kg sahaja. 😢

Cadangan solusi pula banyak berputar untuk tukarkan buku teks kepada ebook dan digitalkan bahan pembelajaran.

Tidakkah mereka mengambil kira pengalaman kita melalui PdPR? Yang mana ramai murid ketinggalan, tiada gadget, tiada internet, tiada data dan sebagainya?

Solusi beg berat pada aku ada beberapa. Antaranya :

  1. Hapuskan skim pinjaman buku teks. Dan semua buku diletakkan di kelas. Macam sekolah swasta. Murid bawa buku tulis dan aktiviti sahaja. Benda ni boleh laksanakan serta merta dan impak pun terus dapat dilihat. Settle terus masalah.
  2. Tak perlu wujudkan semua subjek ada buku teks. Ada subjek tak perlu buku teks pun seperti PJ, PK, Seni dan Muzik. Buat amali sahaja dan jika perlu rujukan untuk topik-topik tertentu, guru boleh fotostat bahan dan edarkan pada murid.
  3. Kurangkan kepadatan silibus. Rendahkan aras. Fokus pada asas dahulu. Ni semua topik nak masuk dalam buku teks. Memang la tebal buku tu. Bila buku tebal, ia akan jadi berat. So bila silibus dikurangkan, buku jadi nipis dan budak nak bawa pun ringan.
  4. Digitalkan bahan pendidikan. Idea perlukan kos yang amat besar untuk bekalkan setiap kelas LCD atau smart screen bagi tujuan pembelajaran.

Juga bukan semua murid ada gadget. Bukan semua tempat ada line internet. Takkan kerajaan nak bekalkan satu murid satu gadget. Kos terlampau besar. Dan maintenance sangat tinggi. Benda cepat rosak, cepat ‘hang’, kecurian, bateri kong, data hilang dan sebagainya.

Hah, pada aku gitu je. Pada korang macamana?

Tangkap layar dari Facebook Mohd Fadli Salleh
– Tangkap layar dari Facebook Mohd Fadli Salleh

BACA: Sistem Pendidikan Kini Menyusahkan Otak Murid Sekolah Rendah, Penggubal Silibus Nak Apa?

Sumber: Mohd Fadli Salleh, Majoriti