
Sedap, Manis, Lemak Dan Berkrim, Tapi Sebenarnya Tidak Baik Untuk Kesihatan Anak Anda
Ibu bapa diingatkan agar sentiasa berwaspada dan mengawasi kandungan gula yang terdapat dalam pengambilan makanan dan minuman anak masing-masing.
Dalam susu pekat penuh krim atau krimer manis misalnya, kandungan gula yang tinggi sebenarnya adalah tidak sihat untuk anak-anak kecil.
Inilah yang cuba ditekankan oleh Dr Mazliana Mazlan melalui laman Facebooknya berikut yang mengajak para ibu bapa semua agar lebih cakna mengenai pemakanan anak mereka dengan menjauhi pengambilan gula yang terdapat dalam produk sebegini.
Susu gula macam ni, tak sesuai untuk anak-anak kita tau.
Kalau boleh, elakkan ada di rumah.
Bahan pertama susu ni, adalah gula.
Gula putih bukan makanan anak.
Gula putih, tambahkan radang pada badan anak.
Gula putih, buatkan berat anak berlebihan.
Gula putih, kurangkan keupayaan otak anak.
Gula putih, rendahkan imuniti badan anak.
Gula putih, rapuhkan gigi anak.
Gula putih, banyak beri kesan alahan.
Gula putih, tak ada baiknya untuk anak kan.
Kita cuba ya. Cuba sedaya mungkin. Biar anak tak kenal susu macam ni.
Sekali anak rasa, dia tak lupa rasa sedap susu yang ini.
Sedap, manis, lemak, berkrim.
Kita buat sama-sama ya. Cuba jauhkan makanan tinggi proses yang boleh bawa kesan tak baik pada anak.
Mazliana Mazlan
Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.
Follow saya di sini jugak k.
instagram.com/mazliana.mazlan
t.me/sembangsihat
BACA: Santan Punca Kolesterol Tinggi Hanya Mitos, Ini Fakta-Fakta Kebaikan Dari Segi Kesihatan
Sumber: Mazliana Mazlan